Pengurus Dana iaitu ASNB adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB. Setelah lebih 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini mengurus 16 dana yang bernilai RM277.86 bilion pada tarikh catatan terakhir 31 Disember 2021.
Tahun Berakhir 31 Disember | ||||||
RM’000 2021 |
RM’000 2020 |
RM’000 2019 |
RM’000 2018 |
RM’000 2017 |
||
Modal Terbayar | 30,000 | 30,000 | 30,000 | 30,000 | 30,000 | |
Dana-dana Pemegang Saham | 323,604 | 331,191 | 264,819 | 214,144 | 174,710 | |
Hasil | 1,287,501 | 1,216,277 | 1,345,089 | 1,443,123 | 1,252,218 | |
Untung Sebelum Cukai | 551,254 | 505,496 | 601,077 | 670,115 | 580,141 | |
Untung Selepas Cukai & Zakat | 407,412 | 375,372 | 451,675 | 498,434 | 436,050 |
ASNB mempunyai ahli-ahli Lembaga Pengarah berpengalaman yang mempunyai latar belakang dalam bidang pelaburan, kewangan dan pengurusan sektor awam. Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan secara berkala bagi memantau dan memastikan objektif-objektif dana tercapai. Ia bertanggungjawab untuk merangka dasar dan garis panduan syarikat ke arah pencapaian objektif tersebut.
Ahli Jawatankuasa Pelaburan bagi Tabung Unit Amanah di bawah Pengurusan ASNB | |
1 | YABhg. Tun Arifin bin Zakaria Chairman
Pengerusi/ Ahli Bukan Bebas |
2 | Encik Ahmad Zulqarnain Onn Ahli Bukan Bebas |
3 | YBhg Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar Ahli Bebas |
4 | YBhg Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani bin N. Hassan Thani Ahli Bebas |
5 | YBhg Dato’ Johan Ariffin Ahli Bebas |
Panel Penasihat Syariah PNB ditugaskan untuk memberi nasihat dan panduan tentang perkara-perkara berkaitan
Syariah bagi pelaburan PNB, serta memastikan pematuhan PNB terhadap prinsip-prinsip Syariah pada setiap masa.