i-Invest adalah platform layan diri atas talian di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP yang membantu di dalam pengurusan pelaburan ahli dalam dana unit amanah yang diluluskan. Platform ini menyediakan fungsi perbandingan dan maklumat berguna untuk membantu ahli membuat keputusan pelaburan yang termaklum. Melalui i-Invest, ahli turut menikmati proses membuat keputusan yang lebih cekap, akses yang mudah bila-bila masa/di mana sahaja, caj perkhidmatan yang lebih rendah (kerana tidak melalui khidmat ejen), dan fungsi yang lebih banyak (boleh melihat semua pegangan pelaburan ahli).
Ahli KWSP yang boleh menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut :-
Anda boleh melaksanakan transaksi berikut:-
Boleh, anda boleh melaksanakan permohonan pelaburan melalui i-Invest dan anda telah mendaftar akaun portal myASNB. Sekiranya anda belum mendaftar akaun portal myASNB, skrin yang dipaparkan akan membantu anda membuka akaun portal myASNB.
Tidak boleh. Anda perlu hadir di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB bagi mendaftar akaun unit amanah ASNB terlebih dahulu.
Transaksi pembelian hanya akan dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP anda setelah ASNB menerima wang tersebut dari KWSP. Proses ini akan mengambil masa seperti berikut :-
Baki dikemaskini di portal myASNB | 2 hari bekerja |
Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli) KWSP | 4 hari bekerja |
Bagi penukaran dana unit amanah ATAU jualan balik, baki akan dikemaskini seperti berikut :-
Baki dikemaskini di portal myASNB | Secara terus (online) |
Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli) KWSP | 2 hari bekerja |
Anda tidak boleh menambah jumlah pelaburan di portal myASNB. Hanya pengurangan jumlah pelaburan sahaja dibenarkan di portal myASNB. Sekiranya anda ingin menambah pelaburan kepada jumlah baharu ia perlu dilaksanakan menerusi i-Invest semula.
Transaksi | Minimum | Maksimum |
Pembelian | RM1,000 | Berdasarkan had pelaburan di KWSP |
Penukaran (switching) | RM0.01 | Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda |
Jualan balik | RM1.00 | Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda |
Transaksi | Caj |
Pembelian | Unit amanah harga berubah: Caj jualan 0.5% Unit amanah harga berubah: Tiada |
Penukaran (switching) | hanya pertukaran daripada unit amanah harga tetap kepada unit amanah harga berubah dikenakan caj jualan 0.5% |
Jualan balik | Tiada |
Tiada had kekerapan pengeluaran ditetapkan bagi ketiga-tiga jenis transaksi yang dibenarkan menerusi i-Akaun (Ahli) KWSP. Bagi transaksi pembelian, pengeluaran boleh dilaksanakan sehingga maksimum 25 tabung pada satu masa pengeluaran.
Ya. Anda dibenarkan untuk membuat pembelian menerusi i-Invest melebihi satu tabung unit amanah dalam satu-satu masa. Pemilihan unit amanah perlu dilaksanakan di i-Akaun (Ahli) KWSP dan ia tidak boleh ditambah ketika anda berada di akaun portal myASNB.