Matlamat Kewangan Dipermudah

Realisasikan matlamat kewangan anda dengan Target Labur melalui aplikasi myASNB

Peluang untuk memenangi pelbagai hadiah bernilai sehingga RM200,000

Tetapkan dua matlamat dengan jumlah sasaran RM5,000 setiap satu untuk berpeluang menangi hadiah.
Sila rujuk Terma & Syarat untuk maklumat lanjut. Disokong oleh rakan penaja kempen UMW, FPX, RinggitPlus dan Grab.

Bagaimana untuk mulakan:

  • Klik Target Labur dalam aplikasi myASNB anda
  • Pilih matlamat yang dicadangkan atau bina matlamat sendiri
  • Masukkan jumlah sasaran dan Tarikh
  • Tambahkan pelaburan permulaan (pilihan)
  • Klik ‘Tetapkan Matlamat’ dan mulakan pelaburan bulanan

Muat turun aplikasi myASNB

#JomLabur dan menang!

  • Semasa tempoh kempen bermula 8 Oktober hingga 31 Disember 2021, bina dua matlamat bernilai RM5,000 setiap satu.
  • Pemenang akan dipilih secara rawak mengikut terma dan syarat kempen.

1 x Toyota Vios 1.5J
bernilai RM74,623

1 x Toyota Yaris 1.5J
bernilai RM70,940

2 x iPhone 12
bernilai RM3,399 setiap satu

3 x iPad bernilai
RM1,449 setiap satu

30 x akses RinggitPlus Financial Planner
bernilai RM999 setiap satu

200 x baucar GrabFood
bernilai RM50 setiap satu

Perkara yang anda ingin ketahui lebih lanjut

  • Target Labur adalah kemudahan untuk pelaburan bermatlamat di dalam aplikasi myASNB.
  • Fungsi ini membantu pengguna aplikasi myASNB untuk merancang pelbagai matlamat pelaburan.
  • Menerusi Target Labur jumlah pelaburan bulanan akan dberikan/dicadangkan berdasarkan sasaran yang ditetapkan.
  • Pada skrin utama Target Labur, anda boleh melihat kesemua maklumat dan perkembangan matlamat pelaburan anda, secara keseluruhan

  • Ya, hanya pelaburan dalam unit ASNB akan diperuntukkan kepada matlamat-matlamat yang ditetapkan melalui Target Labur.
  • Sekiranya anda bukan pelabur ASNB, muat turun aplikasi myASNB untuk mendaftar akaun baharu, dan mulakan pelaburan dengan ASNB untuk merealisasikan matlamat pelaburan anda!

  • Target Labur dalam aplikasi myASNB membuat pengiraan sasaran pelaburan bulanan berdasarkan maklumat yang anda tetapkan apabila anda membina matlamat.
  • Untuk mengetahui andaian dan faktor pengiraan khusus bagi matlamat-matlamat anda, sila tekan ikon ‘Info’ dalam skrin matlamat tersebut.

  • Kemudahan Target Labur hanyalah untuk tujuan simulasi, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau perancangan pelaburan. Kemudahan ini dibina untuk membantu anda menetapkan jumlah pelaburan bulanan yang sesuai untuk untuk mencapai sasaran pelaburan anda.
  • ASNB tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang liabiliti ke atas ketepatan nilai pelaburan yang dinyatakan atau dicadangkan. Nilai pelaburan adalah untuk gambaran sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau permintaan untuk membeli dan menjual produk ASNB. Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus Elektronik dan Prospektus Tambahannya (jika ada) serta Halaman Serlahan Produk sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Sekiranya ragu-ragu, sila dapatkan pandangan daripada penasihat profesional.

Kemudahan Target Labur terbuka kepada semua dana ASNB. Pelaburan dalam mana-mana dana ASNB boleh diperuntukkan kepada matlamat-matlamat dalam Target Labur.


Target Labur tidak mempunyai bilangan matlamat maksimum.


Jumlah maksimum sasaran pelaburan untuk setiap matlamat ialah RM100,000,000.


  • Target Labur mengesan sebarang pertambahan dalam akaun anda seperti pelaburan baharu, pelaburan tambahan, atau dividen secara automatik. Notis akan muncul di skrin utama Target Labur berkenaan cara untuk anda memperuntukkan dana tambahan ini.
  • Anda boleh memilih untuk membenarkan aplikasi memperuntukkan dana secara automatik untuk mencapai sasaran matlamat, atau memilih untuk melakukannya secara manual.

Ya. Kalau anda memilih begitu, dana yang baru dilabur tidak akan diperuntukkan ke mana-mana matlamat atau simpanan am.


  • ‘Pelaburan Permulaan’ adalah cara untuk anda memulakan perjalanan bagi mencapai matlamat pelaburan anda.
  • Apabila menetapkan matlamat, anda boleh memperuntukkan sebahagian atau semua pelaburan yang sedia ada dalam ASNB untuk mencapai sasaran matlamat tersebut. Cara ini dapat mengurangkan jumlah pelaburan bulanan yang disasarkan untuk matlamat tersebut.

Target Labur adalah kemudahan dalam aplikasi myASNB yang bertujuan untuk memupuk tabiat pelaburan yang sihat. Tidak wajib bagi pengguna aplikasi myASNB untuk menggunakan fungsi Target Labur.


Pelaburan dana baharu atau pelaburan tambahan hanya dapat dilakukan di halaman utama aplikasi myASNB.


  • Anda mengawal sepenuhnya pelaburan anda dengan ASNB, dan boleh melakukan jualan balik pada bila-bila masa dalam aplikasi myASNB (sehingga RM1,000 atau 3 transaksi sebulan).
  • Sekiranya anda membuat jualan balik, Target Labur di aplikasi myASNB akan meminta anda untuk memperuntukkan semula pelaburan anda, atau membuat pelaburan tambahan untuk mencapai matlamat anda.

  • Pembatalan matlamat tidak akan memberi kesan kepada pelaburan anda di dalam dana ASNB.
  • Pembatalan matlamat hanya memperuntukkannya untuk simpanan am atau membolehkan anda memperuntukkan pelaburan anda untuk matlamat lain.

Jualan balik hanya boleh dibuat di laman utama aplikasi myASNB, bukan melalui Target Labur.


  • Pelaburan Target Labur hanyalah untuk tujuan simulasi, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau perancangan pelaburan. Ia dirancang untuk membantu anda menentukan jumlah yang sesuai untuk dilaburkan setiap bulan untuk mencapai sasaran pelaburan anda.
  • ASNB tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang liabiliti ke atas ketepatan nilai pelaburan yang dinyatakan atau dicadangkan. Nilai pelaburan adalah untuk ilustrasi sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau permintaan untuk membeli dan menjual produk ASNB. Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus Elektronik dan Prospektus Tambahannya (jika ada) serta Halaman Serlahan Produk sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Sekiranya ragu-ragu, sila dapatkan pandangan daripada penasihat profesional.
  • Untuk membantu anda, tiga jenis kadar sejarah iaitu “Deposit Tetap”, “Tabung” dan “Pasaran” disediakan sebagai panduan dan tidak memberi gambaran pulangan masa hadapan.

Ya, sistem Target Labur membenarkan pencapaian matlamat sebelum tarikh sasaran yang ditetapkan.


Muat turun aplikasi untuk bermula

Back To Top