Kalkulator zakat adalah fungsi terbaharu yang terdapat di portal/aplikasi myASNB untuk pemegang unit mengira jumlah bayaran zakat bagi pelaburan unit amanah ASNB.


Anda boleh menggunakan kalkulator zakat ini sekiranya anda telah berdaftar sebagai pengguna portal/aplikasi myASNB kerana pengiraan zakat adalah unik bagi setiap pelabur.


Ya. Jangka masa pelaburan kesemua unit amanah yang didaftarkan melalui ASNB hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 12 bulan (cukup haul) mengikut kalendar tahunan bagi tujuan pengiraan zakat.


Hanya unit pelaburan tunai, termasuk unit amanah harga berubah (harga hadapan dan harga silam) dikira untuk pengiraan zakat. Pelaburan dalam bentuk pembiayaan ASB/ASB2, Hibah Amanah (hanya jumlah RM1,000 yang diblok), SPA-KWSP dan unit yang diblok tidak termasuk dalam pengiraan tersebut.


Kadar peratusan pengiraan zakat adalah sebanyak 2.5% dari jumlah baki keseluruhan pelaburan (dalam RM), pada 31/12/20XX.


Jumlah keseluruhan unit pelaburan anda akan digabungkan pada hujung tahun dan kemudian akan ditukar kepada nilai RM berdasarkan Nilai Asset Bersih (NAB) seunit setakat 31 Disember.

Bagi kalkulator zakat ASNB, nilai keseluruhan pelaburan akan disahkan dengan jumlah nisab yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi menentukan kelayakan bayaran zakat.

Contoh:

Dana Baki tamat pelaburan tahunan (unit) contoh: Jan – Dis 2020 NAB setakat 31/12/2020 Pelaburan yang boleh dizakatkan Jumlah zakat yang perlu dibayar (RM)
ASB 21,392 unit
setakat 31/12/2020
RM 1.0000 RM 21,392 RM 21,392 x 2.5%
= RM 534.80

*Penafian: Pengiraan zakat adalah berdasarkan kaedah yang dipraktikkan oleh MAIWP kerana pusat operasi utama ASNB terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun, pemegang unit amanah boleh merujuk Pusat Pungutan Zakat di peringkat negeri masing-masing sekiranya ingin mengikuti penilaian yang berbeza.

Ya, pengiraan zakat boleh dibuat sehingga 3 tahun terdahulu. Contohnya, pada tahun 2021, pengiraan zakat boleh dibuat untuk tahun 2020, 2019 dan 2018.


Ya, dengan pengiraan dan jumlah zakat yang berasingan walaupun ia tersenarai dalam penyata zakat penjaga. Namun, segala peraturan termasuk ‘cukup nisab’ dan ‘cukup haul’ akan mengikut seperti akaun dewasa.


Anda boleh memuat turun penyata zakat menerusi portal/aplikasi myASNB.


Tidak boleh. Penyata zakat yang disediakan oleh ASNB hanyalah bagi tujuan rujukan penilaian zakat sahaja.


Tidak boleh. Anda dinasihatkan untuk untuk membuat pembayaran di mana-mana Pusat Pungutan Zakat mengikut pilihan anda.

(Harap maklum bahawa ASNB bukan badan berlesen untuk melakukan kutipan zakat. Kalkulator adalah semata-mata untuk tujuan pengiraan SAHAJA dan untuk rujukan peribadi, tiada urusniaga kewangan terlibat melalui portal/aplikasi myASNB)

Anda disarankan untuk serah resit pembayaran rasmi terus ke LHDN.


Portal/aplikasi myASNB akan memaparkan mesej ralat jika kriteria/syarat-syarat seperti di bawah tidak dipenuhi:

  • jika tiada amaun pelaburan yang telah mencapai tempoh satu (1) tahun kalendar (tempoh haul)
  • jika ada transaksi yang masih belum selesai peruntukan (harga hadapan atau transaksi cek)
  • jika jumlah pelaburan kurang dari jumlah nisab

Kalkulator zakat adalah fungsi terbaharu yang tersedia dalam portal/aplikasi myASNB untuk memudahkan urusan pemegang unit beragama Islam mengira jumlah zakat pelaburan mereka di ASNB. Walau bagaimanapun, pemegang unit bukan beragama Islam dialu-alukan untuk menggunakan kalkulator zakat ini untuk melihat cara pengiraannya.


Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau emel ke asnbcare@pnb.com.my.

Muat turun aplikasi untuk bermula

Back To Top