Sembang-sembang ASNB kembali menyajikan pelbagai topik berkaitan pelaburan dan perancangan kewangan. Kali ini pastinya lebih meriah bersama pengacara baharu Yasmin Hani yang akan bersembang dengan panel jemputan untuk mengupas isu berkaitan pelaburan dan perancangan kewangan.

Penonton juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM200 dan RM500 menerusi Trivia Labur dan Trivia Mingguan yang akan dikongsikan dalam setiap episod yang ditayangkan. Penyertaan adalah secara dalam talian dan borang boleh diperoleh di Facebook Sembang-sembang ASNB.

Jangan lupa, tonton Sembang-sembang ASNB yang akan bersiaran selama 30 minit di TV1 RTM setiap hari Sabtu dari jam 1.30 tengah hari hingga 2.00 petang. Jangan lepaskan peluang untuk menonton, kerana dalam setiap episod, ada panduan untuk menjawab Trivia Labur yang disediakan.

Jadual TAYANGAN

Trivia Labur menawarkan hadiah bernilai RM200 seorang untuk 5 pemenang bertuah setiap minggu.

Untuk menyertai, anda perlu menjawab 3 soalan yang dikemukakan dalam setiap episod Sembang-sembang ASNB 2022. Penyertaan adalah secara dalam talian dan borang boleh diperoleh di FB Sembang-sembang ASNB.

Kemeriahan Sembang-sembang ASNB 2022 pastinya semakin hangat dengan Trivia Mingguan yang mana anda perlu mengumpul semua 12 soalan yang dikongsikan dalam semua 12 episod Sembang-sembang ASNB ini.

Penyertaan adalah secara dalam talian dan borang boleh diperoleh di FB Sembang-sembang ASNB. Cuma ingat, anda perlu menunggu sehingga semua 12 episod Sembang-sembang ASNB disiarkan kerana borang penyertaan hanya akan dikongsikan selepas episode terakhir Sembang-sembang ASNB ditayangkan.

Back To Top