myASNB Secure adalah fungsi baharu yang menyediakan kaedah lebih mudah dan selamat untuk mengesahkan transaksi anda di portal dan aplikasi myASNB. myASNB Secure menggunakan ciri keselamatan pengesahan multi-faktor (multi-factor authentication) melalui pemadanan antara akaun myASNB dengan peranti mudah alih (telefon pintar/tablet) anda di mana pengesahan transaksi menggunakan pengesahan terus (Push Authentication) dan Secure TAC (pengesahan 6-digit Transaction Authorisation Code) yang dihasilkan di aplikasi myASNB. Kaedah ini merupakan alternatif kepada pengesahan SMS TAC sedia ada dan tersedia untuk kedua-dua platform iaitu portal dan aplikasi myASNB.
Jenis transaksi mengikut kaedah pengesahan sama ada pengesahan terus, Secure TAC atau SMS TAC adalah seperti berikut:
TRANSAKSI | PENGESAHAN TERUS | SECURE TAC | SMS TAC |
Aplikasi myASNB | |||
Transaksi bukan kewangan: | |||
Kemas kini maklumat peribadi | √ | Tidak Berkenaan | √ |
Portal myASNB | |||
Transaksi kewangan: | |||
Pemindahan | √ | √ | √ |
Penukaran | √ | √ | √ |
Transaksi bukan kewangan: | |||
Kemas kini maklumat peribadi | Tidak Berkenaan | √ | √ |
Penukaran kata laluan | Tidak Berkenaan | √ | √ |
Penukaran soalan keselamatan | Tidak Berkenaan | √ | √ |
Pengguna myASNB boleh mengaktifkan myASNB Secure di aplikasi myASNB anda. Bagi memulakan pengaktifan, anda perlu log masuk ke aplikasi myASNB dan ikuti panduan skrin seperti di bawah. Jika anda belum mempunyai aplikasi myASNB, anda perlu mendaftar akaun portal myASNB dahulu dan kemudian perlu memuat turun aplikasi myASNB dari Google Play atau Apple Store.
Apabila anda telah memilih Secure TAC sebagai mod pengesahan, anda boleh memperoleh nombor 6 digit dengan menggunakan salah satu cara di bawah.
i. Klik butang Secure TAC di aplikasi myASNB.
ii. Pada menu “Tetapan”, klik “JANA” Secure TAC.
iii. Nombor 6-digit Secure TAC akan dijana secara automatik setiap 30 saat. Masukkan nombor tersebut di portal myASNB bagi meluluskan transaksi anda.
Sekiranya anda memilih untuk tidak mengaktifkan fungsi keselamatan ini, anda masih boleh melakukan transaksi dengan menggunakan SMS TAC untuk mengesahkan transaksi anda di portal dan aplikasi myASNB.
myASNB Secure akan meningkatkan tahap keselamatan laman sesawang dalam talian dan aplikasi mudah alih bagi memastikan transaksi lebih selamat. Pengguna boleh memilih kaedah lain untuk mengesahkan akaun mereka (selain dari memasukkan ID pengguna dan kata laluan) dan juga mengesahkan transaksi. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mengaktifkan myASNB Secure, SMS TAC kekal sebagai mod pengesahan transaksi.
Pengesahan melalui myASNB Secure hanya melibatkan beberapa transaksi kewangan dan bukan kewangan iaitu pemindahan (transfer), penukaran (switching), pengemaskinian maklumat peribadi, penukaran kata laluan serta penukaran soalan keselamatan di portal myASNB. Bagi transaksi pelaburan tambahan, anda adalah tertakluk kepada sebarang kaedah keselamatan yang digunakan oleh bank pilihan anda.
Anda akan menerima mesej ralat dan tidak akan dapat meneruskan transaksi kerana nombor 6-digit Secure TAC perlu dimasukkan dalam tempoh 30 saat selepas dijana di aplikasi myASNB anda. Apabila ia telah tamat tempoh, Secure TAC baharu akan dijana semula.
SMS TAC merupakan salah satu kaedah bagi pengesahan multi-faktor. Walau bagaimanapun, dengan adanya myASNB Secure, anda mempunyai pilihan kaedah keselamatan dengan menggunakan SMS TAC, pengesahan terus atau Secure TAC. Transaksi anda di portal dan aplikasi myASNB tetap selamat kerana ditingkatkan dengan sistem keselamatan tiga peringkat yang merangkumi ID pengguna, kata laluan unik anda, SMS TAC, pengesahan frasa keselamatan dan soalan keselamatan.
Ciri-ciri kod SMS TAC:
Anda boleh menyahaktifkan fungsi myASNB Secure di portal dan aplikasi myASNB.
a) Melalui portal myASNB
b) Melalui aplikasi myASNB
Maklumat peribadi akaun anda tidak akan disimpan di telefon bimbit selepas sesi log masuk anda. Sehubungan itu, akses kepada maklumat akaun anda tetap terjamin walaupun anda telah kehilangan telefon bimbit.
Sebagai langkah keselamatan, anda dinasihatkan supaya tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi akaun dan kata laluan dalam telefon anda. Anda boleh terus mengakses akaun myASNB melalui peranti yang lain, kerana log masuk anda adalah berdasarkan ID pengguna dan kata laluan untuk akaun portal myASNB yang anda daftarkan.
Untuk langkah keselamatan tambahan sekiranya data anda telah dikompromi, anda boleh lakukan perkara berikut: