Pengenalan

Unit amanah adalah satu daripada pelbagai jenis produk pelaburan yang ditawarkan dalam pasaran modal di negara ini. Selain unit amanah, anda juga boleh melabur dalam saham, bon, waran, matawang, derivatif dan sebagainya.

Anda perlu membuat pilihan pelaburan berdasarkan kepada profil diri sebagai pelabur, matlamat pelaburan, risiko yang berani diambil, pulangan yang diharapkan, modal yang dimiliki dan tempoh pelaburan untuk mencapai matlamat.

Unit amanah sering dikaitkan dengan pelaburan yang 'selamat', namun dalam menyertai mana-mana pelaburan, pelabur masih perlu mengambil sikap berhati-hati dan memahami risiko yang perlu ditanggung.

Memahami apa itu unit amanah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya akan membantu anda sebelum membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Unit amanah ialah skim pelaburan terkumpul yang mengumpulkan simpanan orang ramai yang mempunyai matlamat pelaburan yang sama ke dalam sebuah tabung unit amanah yang khusus.

Untuk mengumpul tabung, syarikat pengendali tabung biasanya akan menawarkan unit-unit untuk dibeli oleh orang ramai pada harga yang ditetapkan.

Wang di kumpul itu itu kemudiannya akan dikendalikan oleh pengurus tabung profesional yang melaburkan wang berkenaan ke dalam portfolio pelaburan yang telah ditetapkan untuk meraih pendapatan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Berdasarkan kepada jumlah pendapatan yang diperoleh oleh satu-satu tabung, pelabur akan menerima pulangan dalam bentuk dividen atau pengagihan pendapatan, sama ada secara tahunan atau selepas tarikh matang yang ditetapkan.

Untuk melabur dalam unit amanah, anda perlu membeli unit-unit unit amanah yang ditawarkan oleh syarikat pengendali unit amanah seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Harga yang ditawarkan serta caj yang dikenakan untuk membeli unit amanah bagi mana-mana tabung ada dipaparkan di laman web syarikat pengendali unit amanah.

Unit amanah biasanya dipromosikan sebagai instrumen pelaburan jangka panjang. Ia juga dianggap sebagai satu mekanisma tidak langsung yang membolehkan pelabur melabur dalam instrumen pasaran modal.

Secara amnya, unit amanah merupakan satu bentuk pelaburan dengan risiko dan pulangan yang rendah dan sederhana. Justeru ia sesuai sekiranya anda adalah pelabur konservatif dengan matlamat pelaburan jangka panjang, serta tidak mempunyai masa terluang dan kepakaran untuk menyertai dan memantau pelaburan dalam pasaran modal.

Unit Amanah Simpanan Dalam Bank
Agihan pendapatan atau dividen bergantung kepada pendapatan yang diraih oleh satu-satu tabung itu sepanjang tahun kewangannya Dividen bergantung kepada kadar faedah semasa.
Pelaburan dalam unit amanah bergantung kepada jumlah unit yang ditawarkan. Sekiranya unit telah habis, pelabur tidak boleh membuat pelaburan tambahan dalam satu-satu tabung Boleh disimpan pada bila-bila masa
Terdapat unit amanah yang membenarkan pengeluaran pelaburan pada bila-bila masa, namun ada yang menetapkan 'cooling period' sebelum pengeluaran boleh dibuat. Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, kecuali simpanan tetap yang menetapkan tempoh matang.
Biasanya tiada had dan bergantung kepada unit masih ada untuk langganan.

Namun ada juga unit amanah yang menetapkan jumlah pelaburan maksimum, contohnya Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Tiada had untuk menyimpan
Unit amanah mengenakan caj perkhidmatan kecuali unit amanah harga tetap yang ditawarkan oleh ASNB Penyimpan perlu membuat simpanan awal dalam jumlah yang ditetapkan (bergantung kepada bank) untuk membuka buku.
Anda masih memerlukan akaun simpanan dalam bank (yang bukan berbentuk simpanan tetap) untuk kegunaan harian kerana pelaburan dalam unit amanah adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang sewajarnya tidak diusik untuk memastikan ia membantu anda mencapai matlamat yang dirancang.
Unit amanah dikendalikan oleh pengurus tabung profesional yang akan melaburkan wang yang dikumpul dalam pelbagai portfolio pelaburan seperti sekuriti, ekuiti, bon dan sebagainya untuk meraih pendapatan bagi tabung yang diuruskan.
  • Kepelbagaian
    Pengurus unit amanah biasanya melabur dalam pelbagai jenis pelaburan dan juga sektor yang membantu mengurangkan risiko yang perlu ditanggung pelabur sekiranya mereka melabur secara individu. Biasanya untuk melakukan pelaburan dalam pelbagai sekuriti atau sektor, pelabur perlu mempunyai jumlah wang yang banyak.
  • Mudah Tunai
    Urusniaga membabitkan unit amanah adalah lebih mudah yang mana bergantung kepada jenis unit amanah, pelabur boleh mengeluarkan pelaburan pada bila-bila masa atau selepas tempoh matang. Ia lebih mudah berbanding contohnya, saham yang memerlukan adanya penawaran dan permintaan pada satu-satu masa itu.
  • Pengurusan Profesional
    Unit amanah dikendalikan oleh sekumpulan pengurus pelaburan yang profesional dan berpengalaman. Biasanya pelabur secara individu tidak mempunyai pengalaman terkumpul seperti yang dimiliki oleh sekumpulan pengurus pelaburan ini.
Terdapat dua jenis unit amanah, iaitu yang harga tetap dan harga berubah

Unit amanah harga tetap bermakna jika anda membeli pada harga RM1, anda boleh menjualnya semula pada harga RM1. Walaupun Nilai Aset Bersih (NAB) tabung berkenaan sebenarnya berubah setiap hari, ia tetap ditawarkan pada harga RM1 seunit.

Bagi unit amanah harga berubah, harga belian biasanya tidak sama dengan harga jualan, dan ini bermakna anda perlu memantau pergerakan harga unit amanah yang anda beli setiap hari. Sehubungan itu, untuk tujuan pelaburan, anda perlu memilih yang bersesuaian dengan profil anda sebagai pelabur.
Terdapat beberapa klasifikasi bagi unit amanah dan anda perlu memilih yang bersesuaian dengan profil anda sebagai pelabur.
  • Tabung pendapatan
    Pengurus tabung biasanya melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang memberikan dividen besar. Sesuai untuk pelabur yang ingin memperoleh pendapatan dan sedikit pertumbuhan dengan risiko rendah.
  • Tabung pertumbuhan modal
    Pelaburan ditumpukan kepada pasaran saham dengan matlamat untuk memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka panjang. Sesuai untuk pelabur yang berani mengambil risiko tinggi dan ingin mengumpul modal.
  • Tabung pertumbuhan agresif
    Pelaburan ditumpukan dalam saham yang dilihat mampu memberikan pulangan tinggi, justeru ia amat sesuai untuk pelabur berisiko tinggi.
  • Tabung terimbang
    Mempunyai tiga objektif iaitu pendapatan, kenaikan sederhana dan mengekalkan modal dengan pelaburan menumpu kepada aset meliputi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Sesuai untuk pelabur yang mempunyai tahap risiko rendah.
  • Tabung ekuiti
    Boleh memaksimumkan pertumbuhan modal.
  • Tabung Indeks
    Menjejaki pasaran saham dengan melabur dalam sejumlah saham terpilih.
  • Tabung pasaran wang
    Pelaburan dibuat hanya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan jurubank, dengan tempoh matang kurang 90 hari.
  • Tabung Islam
    Diuruskan berlandaskan prinsip-prinsip syariah, pelaburan dibuat dalam pelbagai saham dan sekuriti pendapatan tetap yang diklasifikasikan sebagai halal.
  • Tabung Amanah Hartanah
    Pelaburannya ditumpukan kepada hartanah berbanding sekutiri pasaran modal yang lain. Ia adalah dana tertutup kerana unit amanah hanya diterbitkan dalam tempoh tawaran permulaan dan unit yang dijual tidak akan dibeli semua.
Anda perlu mengenali diri anda sendiri, dengan bertanya soalan asas seperti:
  1. Adakah saya berani menanggung risiko kehilangan wang pelaburan?
  2. Apakah jenis pulangan yang saya inginkan?
  3. Berapa lama saya sanggup menunggu untuk mendapat pulangan?
  4. Apakah matlamat pelaburan saya?
Jika jawapan anda pada soalan
  1. ialah tidak berani;
  2. pulangan rendah / berpatutan,
  3. jangka masa lama dan
  4. untuk masa depan, maka anda boleh dikategorikan sebagai pelabur berisiko rendah.
(Soalan yang diberikan hanyalah contoh sahaja, banyak lagi kaedah lain untuk mengenalpasti profil anda, terutamanya menerusi nasihat golongan profesional).
Setelah anda menentukan profil anda sebagai pelabur, sama ada pelabur dengan tahap risiko rendah, sederhana atau tinggi, anda boleh menentukan unit amanah yang sesuai dengan anda dengan mengkaji jenis dan matlamat pelaburan sesuatu unit amanah itu. Contohnya, jika anda memiliki profil pelabur dengan tahap risiko rendah, anda sesuai untuk melabur dalam unit amanah tabung pendapatan yang berharga tetap.

Pemilihan tabung juga bergantung kepada matlamat anda melabur, contohnya untuk pendidikan, mengekalkan modal atau memperoleh pendapatan tambahan.

Tempoh masa pelaburan juga perlu diambil kira, kerana semakin lama anda melabur, semakin tinggi peluang untuk mendapat pulangan lebih baik.
Untuk mengukur prestasi tabung, pelabur perlu memahami definisi asas pulangan yang diberikan unit amanah

  1. Pulangan Keseluruhan
  2. Perubahan dalam Nilai Aset Bersih (NAB) tabung dengan anggapan bahawa agagihan pendapatan dilaburkan semula ke dalam tabung yang sama dan tiada sebarang pembelian atau penebusan dilakukan sepanjang tempoh pelaburan.
  3. Purata Pulangan Tahunan Keseluruhan
  4. Pulangan keseluruhan untuk tempoh pelaburan dibahagi dengan jumlah tahun dalam kajian.
  5. Penanda Aras Prestasi
  6. Walaupun prestasi sebelum ini bukanlah petunjuk bagi prestasi masa depan bagi satu-satu unit amanah itu, maklumat itu berguna bagi pelabur untuk membuat perbandingan, selain perbandingan dengan tabung lain yang mempunyai objektif pelaburan serupa. Apabila memilih unit amanah, pelabur sepatutnya mencari tabung yang sentiasa mengatasi penanda arasnya atau pesaingnya.
Anda perlu sentiasa mengawasi pelaburan yang dilakukan untuk mengetahui keuntungan yang anda peroleh, keadaan syarikat yang mengendalikan pelaburan anda, persekitaran semasa dan sebagainya.

Contohnya, bagi unit amanah harga tetap, anda boleh memantau agihan pendapatan tahunan yang diberikan dengan membuat perbandingan dengan kadar faedah semasa untuk mengetahui jenis pelaburan yang lebih menguntungkan.

Bagi tabung harga berubah pula, selain agihan pendapatan tahunan, anda juga perlu memantau harga seunit setiap hari untuk membuat keputusan sama ada untuk menambah atau menjual pelaburan anda.

Prestasi tabung amanah yang kurang memberangsangkan untuk tempoh jangka panjang, mungkin boleh menjadi sebab mengapa anda perlu menimbangkan semula pelaburan anda.

Namun sebelum menjual semula pelaburan anda, anda perlu mengambil kira kos yang telah anda keluarkan untuk melabur. Jika belum pulang modal, adalah lebih baik anda mengekalkan pelaburan untuk mengumpul pulangan tahunan.

Adalah penting untuk anda mengetahui mengenai yuran dan bayaran yang perlu anda tanggung apabila membeli dan menjual unit amanah, antara caj yang dikenakan ialah caj jualan antara 3-5% yang dikenakan apabila anda membeli unit amanah.
Anda perlu mendapatkan maklumat mengenai latar belakang, kedudukan kewangan, reputasi dan prestasi syarikat yang mengendalikan unit amanah berkenaan, pemegang sahamnya, ahli lembaga pengarah dan juga kumpulan pengurusannya.

Selain itu anda juga perlu meneliti maklumat dan strategi tabung, matlamat pelaburannya, had pelaburan dan portfolio semasa untuk membuat perbandingan.
  • Baca dan fahami prospektus dengan teliti kerana ia adalah sumber maklumat utama mengenai unit amanah yang ingin anda sertai. Dapatkan maklumat mengenai matlamat dan bagaimana unit amanah itu dikendalikan, bayaran dan caj berkaitan dan hak anda sebagai pemegang unit.
  • Jangan mudah percaya kepada skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa, kerana ia mungkin skim cepat kaya atau ia tidak sesuai dengan profil anda sebagai pelabur. Pengendali unit amanah yang sah terikat di bawah undang-undang untuk tidak memberi sebarang jaminan berlebihan kepada pelabur terutamanya yang berkaitan dengan agihan pendapatan atau dividen.
  • Dapatkan nasihat daripada mereka yang arif dan berpengalaman seperti penasihat kewangan bertauliah. Jangan mudah mempercayai jurujual yang terlalu mendesak kerana ia mungkin mempengaruhi pertimbangan anda. Minta juga kad kuasa yang dikeluarkan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM).
  • Simpan rekod dan buku pelaburan dan semak sebarang kenyataan atau maklumat terkini yang anda terima bagi memastikan ianya betul.
Anda hanya perlu menjual unit yang anda miliki dan membayar caj berkaitan (jika ada).
Secara amnya, lebih tinggi risiko pelaburan, lebih tinggi pulangannya. Pelaburan dalam unit amanah dikaitkan dengan:-
  • Risiko Am
    • Risiko Pengurusan Tabung
    • Proses pemilihan saham untuk dilaburkan adalah proses yang subjektif kerana sukar untuk mengagak prestasi sesuatu instrumen pasaran modal itu. Pilihan yang dibuat mungkin lebih baik atau sebaliknya berbanding prestasi keseluruhan pasaran saham atau jika dibandingkan dengan portfolio yang dipilih oleh pesaing.
    • Risiko kecairan
    • Pelaburan dalam beberapa instrumen pasaran modal, contohnya bon mempunyai risiko kecairan kerana ia tidak mudah dijual seperti pelaburan yang dibuat dalam bentuk saham. Justeru, ia mungkin memberi kesan kepada keupayaan tabung itu untuk memenuhi permintaan anda untuk menebus atau membayar semula wang selepas perjanjian di tamatkan.
    • Risiko Inflasi / Kuasa Belian
    • Inflasi adalah risiko jangka panjang yang menimbulkan ketidakpastian terhadap nilai pelaburan anda pada masa depan. Pulangan yang lebih rendah berbanding kadar inflasi akan mengurangkan nilai pelaburan anda.
    • Risiko Pembiayaan Pinjaman
    • Melabur dalam unit amanah menggunakan wang pinjaman adalah lebih berisiko berbanding menggunakan wang anda sendiri. Oleh kerana tabung unit amanah melabur dalam ekuiti dan instrumen pasaran modal yang lain, nilai unit mungkin berubah bergantung kepada portfolio yang dibentuk, dan anda mungkin perlu menambah wang sendiri untuk membayar margin pinjaman anda apabila pasaran jatuh atau membayar kadar faedah yang lebih tinggi apabila kadar faedah meningkat.
    • Risiko sektor pasaran
    • Berkaitan dengan sektor tertentu, seperti perladangan, perbankan dan sebagainya yang mana bergantung kepada persekitaran semasa, prestasi saham dalam sektor kewangan mungkin memberi pulangan lebih baik berbanding sektor perladangan. Justeru jika satu-satu tabung unit amanah itu banyak melabur dalam sektor perladangan, persekitaran semasa itu mungkin menyebabkan ia tidak mampu memberi pulangan tinggi kepada pelabur.
    • Risiko Pematuhan
    • Ketidakpatuhan syarikat pengendali tabung terhadap peraturan dan undang-undang yang ditetapkan badan kawal selia mungkin memberi kesan kepada pelaburan anda.
  • Risiko Pelaburan
    • Risiko Pasaran Modal
    • Unit amanah juga sebenarnya terdedah kepada ketidaktentuan dalam pasaran modal, termasuklah pasaran saham dan pasaran sekuriti yang lain. Justeru prestasi unit amanah yang banyak melabur dalam ekuiti bergantung kepada prestasi pertumbuhan ekonomi, prestasi pasaran saham dan polisi fiskal dalam pasaran berkenaan. Manakala prestasi unit amanah yang pelaburannya tertumpu kepada sekuriti harga tetap akan menerima kesan daripada pergerakan kadar faedah dan polisi fiskal.
    • Risiko khusus
    • Ia adalah risiko unik yang berkaitan dengan syarikat yang menawarkan unit amanah berkenaan. Ia berkaitan dengan kesilapan pengurusan, perubahan dalam cita rasa pengguna, kempen pemasaran, saman dan persekitaran pasaran.
  • Risiko pasaran
  • Berkaitan dengan pelaburan yang banyak terdedah kepada keadaan ekonomi semasa dan pasaran antarabangsa.
Menerusi portfolio pelaburan yang dipelbagaikan. Pengendali tabung unit amanah biasanya melabur dalam pelbagai instrumen pasaran modal seperti saham (dalam pelbagai sektor dan syarikat), bon, dagangan komoditi, niaga hadapan dan opsyen indeks, instrumen pasaran mata wang dan sebagainya.
Pelaburan dalam unit amanah biasanya berisiko rendah dan sederhana dengan kadar pulangannya bersesuaian dengan risiko yang perlu ditanggung pelabur. Namun pelabur dinasihatkan untuk membaca prospektus dan mendapatkan nasihat sebelum membuat pelaburan untuk memahami jenis risiko yang perlu ditanggung.
Secara amnya, pulangan bagi pelaburan bergantung kepada risiko yang berani anda tanggung. Jika anda merupakan pelabur yang konservatif dan tidak berani mengambil risiko dan hanya berani melabur dalam saham risiko rendah, anda tidak boleh mengharapkan pulangan yang tinggi.

Sementara pulangan yang konsisten biasanya bergantung kepada kecekapan syarikat pengendali sesuatu tabung unit amanah itu menguruskan pelaburan mereka. Pelaburan dalam unit amanah yang dikendalikan dengan cekap mampu memberi pulangan yang konsisten dan kompetitif, terutamanya bagi pelaburan berisiko rendah.
Biasanya profil pelabur yang dikaitkan dengan pelaburan dalam unit amanah adalah pelabur konservatif dengan tahap risiko rendah dan sederhana. Mereka biasanya tidak mengharapkan pulangan terlalu tinggi atau terlalu cepat, sebaliknya melabur untuk jangka panjang.
Secara amnya, pelaburan yang tidak dikeluarkan langsung dengan agihan pendapatan atau dividen tahunan dimasukkan semula ke dalam akaun yang sama, menjanjikan peluang lebih baik untuk pelabur membina tabungan yang kukuh berbanding kaedah pelaburan yang tidak konsisten.

Ini berkait rapat dengan konsep kuasa faedah kompaun, yang mana apabila agihan pendapatan tidak dikeluarkan, ia akan menjadi sebahagian modal yang menambah kepada jumlah tabungan.
Terdapat dua bentuk pulangan iaitu pertumbuhan modal dan pendapatan dividen.

Pertumbuhan modal bermakna kenaikan nilai setiap unit berikutan peningkatan dalam nilai portfolio. Jika harga jualan sesuatu unit itu lebih tinggi berbanding harga belinya, bermakna anda menikmati pertumbuhan modal.

Agihan Pendapatan / Dividen ialah pendapatan tahunan yang dijana oleh tabung unit amanah dan ia diagihkan kepada pemegang unit. Bayaran dividen bergantung kepada prestasi tabung dalam menghasilkan pendapatan, yang mana jika tabung membuat keuntungan kecil atau langsung tiada, pelabur mungkin menerima dividen yang rendah atau langsung tidak menerima dividen.
Melabur dalam unit amanah menggunakan wang yang dipinjam adalah lebih berisiko berbanding melabur dengan wang anda sendiri. Ini kerana pulangan bagi unit amanah adalah tidak terjamin dan anda mungkin tidak memperoleh pulangan yang setara atau lebih tinggi berbanding kadar faedah yang perlu anda bayar untuk pinjaman anda itu.

Kaedah paling baik ialah anda menggunakan wang pendapatan sendiri untuk mambayar ansuran bulanan, dan ini bermakna anda perlu mengambil pinjaman berdasarkan kemampuan.

Jika anda menggunakan teknik rolling dividen, yang mana anda bergantung sepenuhnya kepada agihan pendapatan untuk membayat ansuran bulanan, anda mungkin anda mungkin perlu menggunakan wang sendiri untuk mencukupkan bayaran ansuran bulanansekiranya agihan pendapatan lebih rendah berbanding caj pinjaman. Jika anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar ansuran bulanan, unit anda mungkin terpaksa dijual dan anda mungkin tidak memperoleh keuntungan daripada pelaburan.

Justeru sebelum membuat keputusan untuk menggunakan pembiayaan untuk melabur dalam unit amanah, anda perlu menilai sama ada anda mempunyai keupayaan untuk membayar hutang berkenaan.

Pasaran ekuiti atau pasaran saham menawarkan potensi untuk pertumbuhan modal dan ia membabitkan pelaburan jangka panjang yang berisiko tinggi. Ia membabitkan saham syarikat yang disenaraikan yang mewakili sebahagian pemilikan oleh pelabur dalam sesebuah syarikat. Pemilikan ekuiti melayakkan pelabur terhadap keuntungan syarikat menerusi dividen.
Pelaburan dalam pasaran ekuiti membabitkan pembelian dan penjualan seunit saham syarikat yang disenaraikan di pasaran saham, ie. Bursa Malaysia. Terdapat beberapa kaedah untuk melabur dalam ekuiti antaranya :-

  • Tawaran Awam Permulaan (IPO) - membabitkan penyertaan di peringkat awal iaitu apabila sesebuah syarikat itu mula hendak disenaraikan. Pelabur perlu mengisi borang IPO yang ditawarkan kepada orang ramai beberapa minggu sebelum penyenaraian.
    Ia kemudiannya membabitkan proses undi saham yang melibatkan pemilihan secara rambang untuk menentukan pelabur yang memperoleh saham berkenaan. Pelabur yang terpilih akan mencatat keuntungan (premium) sekiranya harga saham lebih tinggi berbanding harga tawaran pada hari penyenaraian dan sebaliknya sekiranya harga pada hari penyenaraian lebih rendah (diskaun).
  • Urusniaga di pasaran saham - pembelian dan penjualan saham sesebuah syarikat di pasaran saham ie Bursa Malaysia secara terbuka, biasanya menerusi remisier atau broker yang menjadi orang tengah.
Unit Amanah Ekuiti
Memerlukan modal yang kecil untuk melabur. Memerlukan modal yang besar terutamanya jika pelabur mahu mempelbagaikan bentuk pelaburan dengan melabur dalam pelbagai sektor atau syarikat untuk mengurangkan risiko.
Unit amanah menawarkan kaedah yang secara relatifnya lebih selamat, lebih pilihan, lebih terurus dan tidak memerlukan masa yang panjang. Memerlukan pemantauan secara berterusan kerana perkembangan ekonomi dan politk semasa sama ada dalam atau luar negara, sentiasa memberi tekanan kepada prestasi pasaran dan seterusnya harga saham yang diniagakan.
Tahap kecairan lebih tinggi kerana pengurus tabung mempunyai tanggungjawab untuk membeli semula unit yang dijual pada Nilai Aset Bersih (NAB). (Pelabur mungkin perlu membayar caj penebusan jika ada). Jika pelabur melabur dalam saham yang mempunyai paras kecairan rendah, pelabur mungkin berdepan situasi yang mana sukar untuk mencari pembeli bagi saham berkenaan dan mendapatkan pembeli pada harga yang dikehendaki.
Tidak memerlukan orang tengah, contohnya pelaburan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), tetapi masih ada ejen-ejen unit amanah yang sedia membantu anda membuat pelaburan Memerlukan orang tengah seperti broker dan remisier untuk membuat pelaburan. Anda juga boleh membuat pelaburan terus, tetapi ia mungkin mengambil banyak masa anda
Tahap risiko lebih rendah kerana ia dikongsi dalam bentuk pengumpulan modal dengan pelaburan oleh pengurus tabung biasanya dibuat dalam pelbagai sektor dan syarikat. Risiko tinggi kerana harga seunit saham boleh berubah pada bila-bila masa, sepanjang hari ia diniagakan.

Pelabur juga sukar mempelbagaikan pelaburan untuk meyerakkan risiko kerana kekangan modal. Pelaburan hanya dalam satu syarikat menyebabkan pelabur terdedah kepada risiko perubahan harga yang tidak boleh dikawal.
Harga unit amanah bergantung kepada keupayaan pengurus dana untuk membina strategi pelaburan. Kebiasaanya pengurus dana mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk mengurus pelaburan. Perubahan seunit harga saham bergantung kepada pelabgai faktor termasuk politik dan ekonomi. Naik dan turunnya pasaran saham sangat sensitif dan sukar diramal pergerakannya, dan ini boleh menyebabkan pelabur kehilangan modal.
Perancangan kewangan peribadi ialah satu proses mengenalpasti strategi sesuai untuk merancang kewangan anda bagi mencapai matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang yang sudah ditetapkan. Anda boleh memikirkan proses itu dengan menjawab beberapa soalan berikut:-
  • Apakah kedudukan kewangan saya ketika ini?
  • Apakah matlamat kewangan saya?
  • Bagaimana saya boleh mencapai matlamat itu?
Anda seharusnya mula merancang kewangan seawal mungkin, seperti pada hari pertama anda bekerja atau sebelum itu lagi. Masa berlalu dengan pantas, dan apabila tersedar, anda mungkin perlu bekerja lebih keras berbanding rakan anda yang sudah memulakan lebih awal.
Bergantung kepada kedudukan kewangan anda secara keseluruhan, perancangan kewangan yang lengkap antaranya perlu mengandungi sumber kewangan anda, aset, liabiliti, tunai, pelaburan, pelan persaraan, keperluan insurans dan bagi yang memiliki keluarga, keperluan pendidikan anak-anak dan keperluan pasangan.

Ia juga perlu menerangkan dengan jelas bagaimana anda perlu melaksanakan pelan itu untuk mencapai matlamat anda.
Anda boleh memiliki beberapa objektif, bergantung kepada keperluan anda merancang kewangan, sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang.

Contoh perancangan jangka pendek ialah untuk membeli rumah atau kereta dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang atau untuk bercuti pada tahun depan manakala contoh perancangan kewangan jangka panjang ialah seperti mengumpulkan kekayaan sebagai persediaan untuk bersara ataupun untuk membiayai pendidikan anak-anak dalam masa sepuluh tahun lagi.
Ya, kedudukan kewangan anda perlu dinilai bagi memastikan perancangan kewangan yang dibangunkan sesuai dengan kemampuan anda. Jika tidak, anda mungkin tidak mampu melaksanakan apa yang sudah dirancang untuk mencapai matlamat kewangan anda. Antara soalan yang perlu dipertimbangkan ialah
  • Pendapatan tahunan anda
  • Tujuan menyimpan wang
  • Aset dan liabiliti yang anda miliki
Dalam membangunkan perancangan kewangan, anda perlu menentukan apakah profil anda sebagai pelabur bagi menentukan kaedah pelaburan yang paling sesuai dengan anda. Jika anda adalah pelabur yang konservatif dengan tahap risiko rendah, maka perancangan kewangan anda mungkin membabitkan pelaburan dalam unit amanah dan deposit tetap.
Ya, anda perlu mempelbagaikan pelaburan anda kerana persekitaran pasaran amat sukar diramal. Ia akan membantu anda mengurangkan risiko kerugian dan membolehkan anda menikmati pulangan lebih baik daripada pelbagai sumber yang berbeza.

Ini kerana pelaburan yang menunjukkan prestasi yang baik dapat mengimbangi pelaburan yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan. Namun begitu pilihlah bentuk pelaburan yang anda fahami dan jangan mempelbagaikannya secara keterlaluan, kerana anda berdepan risiko kerugian yang lebih tinggi berikutan ketidakupayaan untuk memantau semua pelaburan anda
Sediakan bajet. Kenalpasti apa sebenarnya yang anda belanjakan setiap bulan. Jika perlu, simpan segala resit perbelanjaan sebagai rujukan. Berhati-hati dengan perbelanjaan harian seperti makanan, pakaian dan hiburan kerana ia kadang kala sukar dikawal berbanding perbelanjaan besar seperti pinjaman perumahan dan kenderaan. Cuba sedaya upaya untuk mengurangkan perbelanjaan, sebagai contoh, mengurangkan aktiviti makan di luar, membeli barang yang tidak perlu dan sebagainya.
Sukar untuk menetapkan berapa banyak yang perlu disimpan kerana keupayaan menyimpan bergantung kepada gaya hidup, umur dan keperluan seseorang. Namun 5-10 peratus daripada pendapatan bulanan anda adalah permulaan yang baik. Anda boleh memulakan dengan jumlah yang kecil sebelum meningkatkannya secara perlahan-lahan. Anda juga boleh membuat potongan gaji setiap bulan supaya tidak terlupa.
Pembayaran ansuran simpanan kereta bukanlah satu simpanan paksa kerana pembayaran ansuran kereta lebih kepada perbelanjaan. Di samping itu, nilai kereta itu juga akan sentiasa menurun disebabkan oleh faktor susut nilai.
Tidak semestinya peningkatan harga yang tinggi dari pelaburan hartanah memberikan pulangan yang lebih baik. Sebagai contoh, harga belian rumah adalah RM150,000 dan dijual pada harga RM300,000 dalam masa 15 tahun. Keuntungan sebanyak RM150,000 dalam masa 15 tahun itu hanya mencatatkan keuntungan RM10,000 dari pelaburan sebanyak RM150,000 atau 7.00 peratus setahun. Ini belum lagi mengambil kira kos-kos sampingan seperti yuran guaman, kos faedah dan kos penyenggaraan. Oleh itu satu pengiraan yang khusus perlu untuk membandingkan pulangan dari hartanah dengan pulangan dari unit amanah.

Kecairan unit hartanah juga lebih rendah berbanding unit amanah, lebih-lebih lagi jika anda membeli hartanah di lokasi yang agak jauh dari bandar, tiada kemudahan pengangkutan awam dan mempunyai masalah-masalah lain yang sukar diselesaikan.
Sesuatu pelan yang dibangunkan adalah tidak berguna jika ia tidak dilaksanakan. Justeru anda seharusnya mengikut apa yang sudah dirancang bagi memastikan matlamat kewangan anda menjadi kenyataan.
Adalah sebaiknya mengemaskini pelan perancangan anda setiap tahun untuk memastikan ianya mampu mencapai matlamat kewangan anda. Namun begitu, paling penting kemas kini perlu dilakukan jika ada sebarang perubahan besar dalam kehidupan anda seperti perkahwinan, kelahiran, kematian, penceraian atau kenaikan pangkat.
Pelaburan dalam unit amanah biasanya dikaitkan dengan pelaburan jangka panjang. Justeru ia amat sesuai untuk dipertimbangkan untuk mencapai matlamat jangka panjang anda seperti pendidikan untuk anak-anak atau kehidupan yang baik selepas bersara. Terdapat pelbagai jenis unit amanah di pasaran yang boleh disesuaikan dengan matlamat kewangan anda. Pelaburan secara konsisten dan berterusan membantu anda merealisasikan matlamat anda.

Oleh kerana ketika ini, pelaburan dalam unit amanah dilihat memberi pulangan lebih baik berbanding simpanan dan simpanan tetap, ia sewajarnya menjadi antara instrumen penting dalam perancangan kewangan anda. Antara kelebihannya ialah kos mula dan keluar yang murah, kecairan yang tinggi dan pulangan yang kompetitif serta konsisten.

Namun begitu anda perlu memilih unit amanah yang sesuai dengan profil anda dan dikendalikan oleh syarikat pengurus tabung yang mempunyai latar belakang dan reputasi yang cemerlang dan diiktiraf dalam industri itu sendiri.
Adalah penting untuk membezakan di antara pelaburan dan simpanan. Kita harus mengasingkan wang simpanan dan wang untuk pelaburan. Wang simpanan adalah untuk tujuan untuk perbelanjaan harian ataupun semasa kecemasan, menakala pelaburan adalah bertujuan untuk mendapat pulangan untuk tujuan tertentu. Oleh itu, sediakan peruntukan untuk pelaburan dan laburkan terus ke dalam instrumen pelaburan pilihan anda. Usah menangguh kerana ia mungkin menyebabkan wang berkenaan digunakan dan adna akhirnya tidak melabur.
Back To Top