Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB)

Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB) merupakan Kelab Kokurikulum yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan beroperasi di lebih 300 sekolah menengah di seluruh negara. Sehingga kini, KPBPNB masih membuka peluang kepada semua sekolah menengah untuk memohon dan mendaftar sebagai sekolah yang menaungi KPBPNB.

Pendaftaran sekolah KPBPNB selewat-lewatnya 10 Jun 2025 untuk melayakkan sekolah anda menyertai Kuiz ini.​ Klik pautan atau imbas QR berikut untuk memohon sebagai sekolah KPBPNB​

Kuiz Pelaburan PNB - Kategori Remaja 2025

Kuiz Pelaburan PNB- Kategori Remaja merupakan salah satu program tahunan di bawah Kelab Pelaburan Bijak PNB. Kuiz ini dianjurkan bertujuan menyampaikan ilmu pelaburan dan perancangan kewangan dengan menggabungkan elemen pendidikan dan ujian minda.

Penyertaan Kuiz Pelaburan PNB-Kategori Remaja dibuka kepada pelajar Tingkatan 1- Tingkatan 6 (Warganegara Malaysia) di sekolah-sekolah yang menaungi KPBPNB.​

Ringkasan Terma & Syarat Kuiz Pelaburan PNB 2025 – Kategori Remaja (Peringkat Kelayakan)

  1. Kuiz Pelaburan PNB 2025 ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1- Tingkatan 6 (Warganegara Malaysia) di sekolah-sekolah yang menaungi Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB);

  2. Peringkat Kelayakan akan bermula pada 29 Mei 2025 (jam 12.00 tengah malam) hingga 10 Jun 2025 (jam 11.59 malam). (Tempoh Kuiz);

  3. Penyertaan adalah menerusi Microsoft Form. Borang penyertaan boleh diakses di www.asnb.com.my

Mekanisma Kuiz Pelaburan PNB 2025 (Peringkat Antara Sekolah) – Peserta

Back To Top