Ringkasan Terma & Syarat Kuiz Pelaburan PNB 2025 – Kategori Remaja
(Peringkat Antara Negeri)
- Peserta yang layak menyertai Kuiz Pelaburan PNB Peringkat Antara Negeri merupakan pemenang pertandingan Kuiz Pelaburan PNB Peringkat Antara Sekolah yang berlangsung pada 1 Julai 2025 sehingga 10 Julai 2025 yang layak memakili negeri masing-masing.
- Tarikh Kuiz Pelaburan PNB Peringkat Negeri : 5 Ogos 2025 sehingga 7 Ogos 2025
- Format :
- Peserta perlu menjawab kesemua 20 soalan dalam tempoh 3 jam sebaik sahaja
soalan dibuka.
- Soalan boleh diakses dan dijawab pada bila-bila masa antara 8:00 pagi (5 Ogos
2025) sehingga jam 11.59 malam (7 Ogos 2025)
- Sesi menjawab akan tamat secara automatik selepas 3 jam soalan dimulakan
- Penyertaan adalah menerusi Microsoft Form. Borang penyertaan boleh diakses di www.asnb.com.my
- Pemilihan pemenang adalah berdasar jumlah markah keseluruhan tertinggi yang dicatatkan peserta bagi setiap negeri. Sekiranya berlaku seri, pemilihan pemenang akan dilakukan secara rawak menggunakan sistem pemilihan yang dibangunkan oleh ASNB.
- 5 negeri dengan markah tertinggi akan terpilih ke peringkat seterusnya.
Maklumat Kuiz Pelaburan PNB Peringkat Akhir akan dimaklumkan kemudian.