Kuiz Pelaburan PNB-Kategori Remaja 2025 Peringkat Antara Sekolah
Kuiz Pelaburan PNB- Kategori Remaja Antara Sekolah adalah bertujuan untuk memilih sekolah yang akan mewakili negeri ke peringkat Pertandingan Antara Negeri. Peserta bagi Kuiz Pelaburan PNB peringkat ini merupakan mereka yang memenangi pertandingan Kuiz Pelaburan PNB Peringkat Kelayakan bagi mewakili sekolah masing-masing
Tahun ini, Kuiz Pelaburan PNB Kategori Remaja- Peringkat Kelayakan telah menerima sebanyak 15,964 penyertaan. Daripada jumlah ini, hanya 669 penyertaan layak untuk ke Peringkat Antara Sekolah yang akan berlangsung pada 1 Julai hingga 10 Julai 2025