Soalan Lazim Pengagihan Pendapatan
Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Pengagihan Pendapatan ASB dan Bonus ASB bagi tahun kewangan 2022 adalah seperti berikut:

Pengagihan Pendapatan 3.35 sen per unit
Bonus 1.25 sen per unit
Bonus Tambahan* 0.50 sen per unit
* untuk 30,000 unit pertama
Pengagihan Pendapatan dan Bonus ASB adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun 2022 dengan formula seperti berikut:

Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB

Jumlah Baki Minimum Bulanan Selama 12 Bulan
X Kadar Pengagihan
12 bulan

Pengiraan Bonus

Jumlah Baki Minimum Bulanan Selama 12 Bulan X Kadar Bonus
12 bulan

Pengiraan Bonus Tambahan adalah berdasarkan 30,000 unit pertama yang dipegang

Pengiraan Bonus Tambahan

Jumlah Baki Minimum Bulanan Selama 12 Bulan untuk 30,000 unit pertama X Kadar Bonus Tambahan
12 bulan

ASB akan mengagihkan perolehan dari pendapatannya, jika ada, tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan pemegang amanah. Jumlah pembayaran bagi Pengagihan Pendapatan pada setiap tahun kewangan adalah berdasarkan prestasi semasa pelaburan ASB.

Setiap agihan pendapatan ini, adalah mematuhi tatacara yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Tabung Unit Amanah yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai rujukan semua syarikat unit amanah di Malaysia.
Bonus ASB, sekiranya ada, adalah dari sumber dan atas budi bicara mutlak PNB. PNB telah mengagihkan Bonus kepada pemegang unit ASB yang layak sejak pelancaran ASB pada tahun 1990 sehingga kini dan kadar Bonus adalah tertakluk kepada keupayaan dan budi bicara PNB sepenuhnya.
Semua pemegang unit yang mempunyai baki minimum 1 unit dalam ASB adalah layak untuk mendapatkan pengagihan Bonus ASB dan Bonus Tambahan ASB.

Bagi Bonus ASB, kelayakan adalah di atas setiap unit yang dipegang manakala untuk Bonus Tambahan ASB, kelayakan adalah untuk 30,000 unit pertama yang dipegang mengikut kiraan yang ditetapkan.
Pembayaran Pengagihan Pendapatan, Bonus dan Bonus Tambahan bagi ASB ini akan dilaburkan semula ke dalam akaun pemegang unit sebagai unit tambahan dan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit secara automatik pada 1 Januari 2023.
Para pemegang unit boleh menyemak Pengagihan Pendapatan dan Bonus pada 1 Januari 2023 melalui portal, kiosk dan aplikasi mudah alih myASNB serta perbankan internet ejen ASNB yang beroperasi secara masa nyata (“real-time”).

Manakala, semakan di cawangan ASNB atau ejen ASNB boleh dilakukan mulai 3 Januari 2023. Penyata Pengagihan Pendapatan akan dihantar bersama dengan laporan pengurus dalam tempoh dua bulan selepas tahun kewangan berakhir. Maklumat tambahan:

PPenyata dalam portal – 14 hari selepas tahun kewangan berakhir
Penyata melalui e-mail - 30 hari selepas tahun kewangan berakhir
Penyata fizikal melalui pos – 60 hari selepas tahun kewangan berakhir
Ya, jumlah Pengagihan Pendapatan, Bonus dan Bonus Tambahan akan diasingkan dalam penyata tahunan ASB.

Transaksi Pengagihan Pendapatan akan dipaparkan seperti berikut:

Jenis Transaksi Paparan dalam myASNB
Pengagihan Pendapatan Normal Reinvestment
Bonus Special Reinvestment
Bonus Tambahan Additional Special Reinvestment
Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri-negeri menyatakan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam unit amanah yang diuruskan oleh PNB serta Pengagihan Pendapatan, Bonus dan Bonus Tambahan yang diterima adalah Harus.
Pelaburan yang diambil kira bagi pengiraan zakat tabung unit amanah ASNB adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Merangkumi semua tabung unit amanah ASNB termasuk pelaburan dalam ASB
  2. Terhad kepada pelaburan tunai sahaja. Pelaburan bukan tunai seperti pembiayaan ASB atau unit yang diblok untuk Hibah tidak termasuk dalam pengiraan tersebut
  3. Tabung unit amanah yang didaftarkan mestilah mencapai sekurang-kurangnya satu (1) tahun kalendar untuk menepati keperluan ‘haul’ dalam penilaian zakat
  4. Jumlah pelaburan adalah bersamaan atau melebihi amaun Nisab yang ditetapkan.
Sejak November 2021, ASNB telah menyediakan kalkulator zakat dalam portal/aplikasi myASNB untuk memudahkan urusan pelabur beragama Islam bagi membuat pengiraan zakat.

Pengiraan zakat bagi kalkulator ini adalah berdasarkan kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu sebanyak 2.5% dari jumlah pelaburan yang layak untuk pengiraan zakat (dalam RM) pada 31/12/2022, dengan syarat pleaburan tersebut cukup haul dan jumlah pelaburan tersebut bersamaan atau melebihi amaun Nisab yang diputuskan oleh MAIWP bagi tahun 2022.

Pelabur boleh membuat pengiraan zakat berdasarkan kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri pilihan sendiri dan seterusnya melakukan pembayaran zakat di mana-mana Pusat Pungutan Zakat. Pembayaran zakat di dalam tahun taksiran cukai pendapatan membolehkan pelabur untuk mendapatkan rebat cukai menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3).
Unit amanah yang telah diwakafkan akan dipindah milik kepada MAIWP selaku pemegang amanah Wakaf ASNB. Unit yang telah diwakafkan akan tetap menerima Pengagihan Pendapatan dan Bonus yang mana agihan ini akan dipindahkan ke akaun pengagihan wakaf untuk disumbangkan ke projek-projek wakaf.

Pewakaf akan menerima laporan tahunan wakaf yang mengandungi maklumat dana wakaf terkumpul, hasil pulangan pelaburan daripada dana wakaf dan agihan sumbangan ke projek-projek wakaf.
Pengiraan Pengagihan Pendapatan, Bonus dan Bonus Tambahan untuk program ADAM50 diasingkan daripada pegangan unit yang lain. Walau bagaimanapun cara pengiraan adalah sama.

Namun, pembayaran Pengagihan Pendapatan, Bonus dan Bonus Tambahan bagi unit yang diblok dalam program ADAM50 tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh matang program iaitu apabila anak mencapai usia 18 tahun.
Sepanjang tahun 2022 pasaran saham antarabangsa dan domestik mempamerkan prestasi yang tidak menentu didorong oleh kadar inflasi global yang tinggi akibat peningkatan harga minyak dan gas serta komoditi-komoditi di seluruh dunia ekoran konflik geopolitik antara Rusia dan Ukraine serta gangguan rantaian bekalan dunia oleh dasar sifar COVID di China.

Bagi membendung inflasi, bank-bank pusat seluruh dunia termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan kadar dasar masing-masing, dan kenaikan kadar faedah yang mendadak bukan hanya mengakibatkan kejatuhan pasaran bon dan sukuk, tetapi juga telah menambahkan risiko kemelesetan ekonomi dunia yang seterusnya mengakibatkan ketidaktentuan pasaran saham.

Penanda aras utama pasaran tempatan iaitu FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI) telah menurun sebanyak 95 mata atau -6.07% daripada paras 1,567.53 mata pada 31 Disember 2021 kepada paras 1,472.37 mata pada 19 Disember 2022. Manakala, MSCI All Country World Index (MSCI ACWI) telah merekodkan kejatuhan sebanyak USD152.83 atau -20.25% daripada paras USD754.83 pada 31 Disember 2021 kepada USD602.00 pada 19 Disember 2022. ASB yang melaburkan sebahagian besar daripada portfolionya dalam pasaran saham tempatan, pasaran saham global serta pasaran bon dan sukuk telah turut terkesan.
PNB akan terus memberikan pulangan yang mampan dan menambah baik profil risiko pulangan dana di bawah pengurusannya, dan seterusnya melaksanakan usaha yang berterusan dalam mempelbagaikan kelas aset dan pasaran antarabangsa dalam portfolio pelaburan di bawah rancangan Perumpukan Aset Strategik (SAA) untuk melengkapkan dan menyokong mandat PNB.

Kepelbagaian ini dijangka menghasilkan portfolio all-weather yang akan membantu mengurangkan risiko penumpuan daripada kelas aset tertentu. PNB juga akan menjalankan pemantauan aktif dan latihan pengimbangan semula portfolio dari semasa ke semasa untuk mengemudi dan bertindak balas terhadap keadaan pasaran yang turun naik.
Keadaan ekonomi dan pasaran saham dijangka akan kekal mencabar pada tahun 2023. Pemegang unit dinasihatkan untuk terus melabur dalam ASB untuk jangka panjang sama ada dengan wang sendiri atau pembiayaan melalui bank.

Pembiayaan ASB merupakan suatu kemudahan kredit yang ditawarkan oleh bank-bank yang dilantik oleh ASNB, kepada pelabur yang ingin melabur dalam ASB dalam bentuk ‘force-savings’ dan perlu memberi sepenuh komitmen untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan. Pelabur seharusnya membuat pembiayaan mengikut kemampuan diri untuk membayar balik pembiayaan dalam tempoh jangka panjang. Dengan erti kata lain, pelabur mampu membayar ansuran bulanan menggunakan wang sendiri, dan bukannya menggunakan agihan pendapatan dari ASB sebagai bayaran balik pinjaman (“rolling”).

Kini, para pelabur ASB mempunyai banyak kemudahan untuk melabur, antaranya menerusi portal dan aplikasi mudah alih @myASNB atau perbankan internet oleh ejen ASNB yang memudahkan pelabur untuk membuat transaksi di mana-mana sahaja. Selain itu, pelabur juga boleh memilih untuk melabur dengan kemudahan Auto Labur yang membolehkan pelabur menetapkan pelaburan bulanan ASB secara automatik serendah RM30 sebulan. Dengan cara ini, pelaburan boleh dilakukan secara konsisten setiap bulan mengikut kemampuan masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkenaan pembiayaan ASB perlu diajukan kepada bank-bank yang menawarkan pembiayaan tersebut atau Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 untuk membantu pelabur yang mengambil Pembiayaan ASB menyemak semula strategi dan struktur pembiayaan mereka.
Back To Top