Kaedah alternatif untuk melabur dalam ASB selain daripada pelaburan secara tunai.
Tidak memerlukan bayaran pendahuluan atau sebarang bentuk cagaran.
Kemudahan yang ditawarkan oleh ejen-ejen bank ASNB untuk pelabur yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak bank.
Dilengkapi insuran/takaful sebagai perlindungan risiko terhadap kematian atau kehilangan upaya.
Instrumen pelaburan yang tertakluk kepada kadar pembiayaan dan caj-caj berkaitan.
Instrumen pelaburan yang berpotensi membantu anda untuk mencapai objektif kewangan jangka panjang dengan ‘pelaburan paksa’.
Sila rujuk Prospektus Induk dan Halaman Serlahan Produk yang terkini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan
ciri-ciri unit amanah ASB yang boleh didapati di www.asnb.com.my, cawangan ASNB dan ejen.
Bagi mana-mana pembiayaan pinjaman unit amanah yang disediakan, pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan penyata pendedahan risiko pembiayaan pinjaman unit amanah sebelum membuat keputusan untuk membuat pinjaman bagi tujuan membeli unit amanah. Penyata tersebut akan diberikan oleh pihak bank pada setiap permohonan pembiayaan ASB.
Selaraskan matlamat pelaburan dengan kemampuan anda. Sediakan bajet untuk bayaran ansuran bulanan ke atas pembiayaan mengikut kemampuan dan komitmen bulanan anda. Jangan bergantung kepada dividen tahunan.
Disiplinkan diri untuk membayar ansuran bulanan tanpa menggunakan dividen tahunan. Anggap seperti anda membayar ansuran pinjaman kereta/rumah.
Beri peluang pelaburan dan dividen anda berkembang dengan mengekalkan dividen tahunan. Lebih banyak dividen yang disimpan (compounded), lebih besar manfaatnya daripada menggunakannya untuk membayar ansuran bulanan.
Pembiayaan ASB yang bersifat jangka panjang memerlukan anda mengambil kira komitmen kewangan lain seperti pembelian rumah, kereta atau perbelanjaan keluarga yang meningkat.
Antara strategi pembiayaan yang boleh dipraktikkan ialah menetapkan bayaran auto-debit untuk ansuran bulanan. Apabila matang nanti, anda dapat menikmati hasil daripada pembiayaan tersebut.
Perlindungan takaful yang kebiasaannya ditawarkan bersama pembiayaan ASB dapat memberikan ketenangan terhadap sebarang risiko kematian dan kehilangan upaya.
Panduan menetapkan jumlah pembiayaan yang sesuai buat anda
#Sebagai ilustrasi dan cadangan sahaja dalam menetapkan bajet bulanan | *Jumlah gaji adalah setelah mengambil kira potongan bulanan wajib seperti KWSP dan potongan cukai bulanan (PCB) **Jumlah, kadar & tempoh pembiayaan merujuk kepada Jadual 1
Bagi mana-mana pembiayaan pinjaman unit amanah yang disediakan, pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan penyata pendedahan risiko pembiayaan pinjaman unit amanah sebelum membuat keputusan untuk membuat pinjaman bagi tujuan membeli unit amanah. Penyata tersebut akan diberikan oleh pihak bank pada setiap permohonan pembiayaan ASB.
Sila rujuk Prospektus Induk dan Halaman Serlahan Produk yang terkini untuk mengetahui lebih Lanjut berkaitan ciri-ciri unit amanah ASB terdapat di www.asnb.com.my, cawangan ASNB dan ejen.
Bagi mana-mana pembiayaan pinjaman unit amanah yang disediakan, pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan penyata pendedahan risiko pembiayaan pinjaman unit amanah sebelum membuat keputusan untuk membuat pinjaman bagi tujuan membeli unit amanah. Penyata tersebut akan diberikan oleh pihak bank pada setiap permohonan pembiayaan ASB.
Manfaatkan sepenuhnya kuasa kompaun melalui modal pelaburan sekaligus dan dividen yang
dikekalkan melalui pembiayaan ASB berbanding pelaburan bulanan pada jumlah yang kecil.
*berdasarkan jumlah agihan pendapatan dan bonus ASB tahun kewangan 2021
Modal pelaburan dan dividen tahunan yang dikekalkan akan menjadikan jumlah pelaburan terkumpul pada setiap awal tahun lebih besar dan seterusnya mendapat pulangan (jumlah dividen) yang lebih besar.