Soalan-soalan Lazim


Apakah unit amanah yang ditawarkan ASNB?

ASNB menawarkan dua (2) jenis unit amanah iaitu :

Unit Amanah Harga Tetap Unit Amanah Harga Berubah
  • Ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.
  • Pelabur berpeluang memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan
  • Harga seunit berubah setiap hari bergantung kepada Nilai Aset Bersih (NAB) setiap tabung
  • Pelabur berpeluang menerima pulangan dalam bentuk:
    i. Agihan pendapatan tahunan; dan
    ii. Keuntungan modal jika ada (harga jual meningkat berbanding harga beli)

Apakah kelayakan asas untuk melabur dalam unit amanah ASNB?

Perkara Kelayakan
  • Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)
  • Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik)
  • Amanah Saham Nasional (ASN)
  • ASN Equity 2
  • Bumiputera Sahaja
  • Akaun Remaja / Bijak
    • Seawal usia kelahiran
    • Mempunyai sijil kelahiran/myKad yang sah
    • Pemegang unit mempunyai Penjaga Berdaftar warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas
  • Akaun Dewasa
    • 18 tahun ke atas
    • Mempunyai myKad yang sah
  • Amanah Saham Nasional (ASN)
  • ASN Equity 2
  • ASN Equity 3
  • ASN Equity 5
  • ASN Equity Global
  • ASN Imbang 1
  • ASN Imbang 2
  • ASN Imbang 3 Global
  • ASN Sara 1
  • ASN Sara 2
  • Warganegara Malaysia
  • Akaun Remaja / Bijak
    • Seawal usia kelahiran
    • Mempunyai sijil kelahiran/myKad yang sah
    • Pemegang unit mempunyai Penjaga Berdaftar warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas
  • Akaun Dewasa
    • 18 tahun ke atas
    • Mempunyai myKad yang sah
Sila klik di sini untuk maklumat produk

Bagaimana untuk mula melabur dalam unit amanah ASNB?

Anda boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.

Dokumen yang perlu dibawa ialah:
  • 18 tahun ke atas - Kad pengenalan
  • Bawah 18 tahun - myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB

Di mana saya boleh membuat pelaburan tunai tambahan selepas membuka akaun?

Apakah hukum pelaburan dalam ASB dan unit amanah ASNB yang lain?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

‘Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus’.

Sila klik link berikut untuk penjelasan lanjut.

Saya mempunyai akaun ASB (atau unit amanah ASNB yang lain), tetapi sudah lama tidak melabur. Adakah akaun saya masih aktif?

Akaun anda masih aktif selagi baki akaun tidak berada di bawah had pelaburan minima seperti yang ditetapkan oleh ASNB iaitu sebanyak RM10. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima tersebut sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelakkan penutupan akaun yang juga boleh menjejaskan kelayakan anda untuk menikmati pengagihan pendapatan, jika ada.

Mengapa pelabur ASNB digalakkan menetapkan penerima untuk pelaburan mereka dalam ASNB?

Berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah dikategorikan sebagai harta persendirian. Oleh itu, proses tuntutan bagi unit amanah adalah tertakluk kepada undang-undang probet, yang mana hanya pentadbir atau wasi yang dilantik mahkamah boleh melaksanakan proses tuntutan harta pusaka. Proses mendapatkan surat wakil / wasi ini biasanya mengambil masa kira-kira 3 bulan dan kadangkala lebih panjang jika berlaku ketidaksefahaman antara waris.

Proses mendapatkan surat wakil / wasi ini terpakai bagi tuntutan oleh waris bagi pelaburan RM10,000 ke atas dalam unit amanah ASNB.

Untuk memudahkan proses tuntutan unit amanah bagi pelaburan berjumlah RM10,000 ke atas, ASNB memperkenalkan perkhidmatan perwarisan Hibah Amanah untuk pelabur Muslim dan Pengisytiharan Amanah untuk pelabur bukan Muslim.

Untuk pelabur Muslim, unit amanah yang dihibahkan tidak lagi menjadi sebahagian harta pusaka, justeru memudahkan pewaris membuat tuntutan untuk pelaburan yang ditinggalkan si mati.

Pelabur hanya perlu ke Cawangan ASNB untuk membuat tuntutan dan proses tuntutan mengambil masa kira-kira 21 hari dari tarikh tuntutan dikemukakan.

Apakah perbezaan di antara ASB dan Pembiayaan ASB (ASBF)?

ASB Pembiayaan ASB (ASBF)
  • Pelaburan tunai terus ke dalam unit amanah ASB
  • Pelaburan mengikut kemampuan pada bila-bila masa
  • Tidak perlu meminjam untuk melabur dalam ASB
  • Kemudahan pembiayaan (pinjaman) yang ditawarkan oleh bank untuk pelaburan dalam unit amanah ASB
  • Membabitkan caj faedah yang dikenakan pihak bank
  • Bayaran ansuran tetap setiap bulan
  • Kemudahan pembiayaan ASB adalah satu pilihan, bukan kemestian untuk melabur dalam ASB

Apakah perbezaan di antara Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)?

ASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB.
ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Apa itu myASNB?

myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line)

Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB

Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my

Apakah pengesahan nombor telefon bimbit & akaun bank?

Mulai 26/9/2021, ASNB telah melaksanakan ciri-ciri baharu iaitu tidak membenarkan perkongsian nombor telefon bimbit, akaun bank dan e-mel dalam sistem maklumat ASNB kecuali bagi akaun Bijak/Remaja (Minor).

Mengapakah perkongsian nombor telefon bimbit atau akaun bank tidak dibenarkan?

Ini adalah sebagai langkah kawalan keselamatan untuk memastikan maklumat peribadi serta urus niaga anda tidak dikongsi bersama pemegang unit yang lain.

Apakah kriteria pengesahan nombor telefon bimbit & akaun bank?

Terdapat duajenis pengesahan yang akan dilakukan:

A)Format
Format nombor telefon bimbit dan nombor akaun bank mestilahdidaftarkanmengikut format yang betul.

B)Pertindihan
Pertindihan nombor (nombor telefon bimbit/akaun bank yang sama antara dua atau lebih pemegang unit) adalah tidak dibenarkan dan akan dibatalkan secara automatik oleh sistem. Pemegang unit yang rekodnya dibatalkan akan menerima notifikasi mengikut pilihan penghantaran penyata masing-masing (emel atau surat).

Siapakah yang akan terlibat?

Semua pemegang unit ASNB (baru dan sedia ada), kecuali anak bawah umur yang berkongsi nombor telefon bimbit atau akaun bank dengan penjaga berdaftar mereka (akaun bijak/remaja).

Adakah pemegang unit akan mendapat notifikasi sekiranya rekod menunjukkan terdapat pertindihan nombor telefon bimbit?

Para pemegang unit ASNB yang mempunyai rekod pertindihan nombor telefon dalam pelbagai akaun telah dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel untuk mengunjungi cawangan dan ejen ASNB terdekat bagi tujuan kemaskini dan pengesahan nombor telefon bimbit.

Untuk mengemas kini Akaun Bank, selain akaun simpanan atau semasa individu, adakah “joint account” atau “corporate account” dibenarkan?

Tidak dibenarkan. Pemegang unit mesti menggunakan akaun bank peribadi/persendirian sahaja. Nota: Hanya nombor akaun Bank Malaysia sahaja yang dibenarkan

Di manakah pemegang unit boleh mengemaskini nombor telefon bimbit/akaun bank mereka?

Nombor telefon bimbit boleh dikemas kini melalui cawangan ASNB (di kaunter/kiosk) atau ejen ASNB. Nombor akaun bank boleh dikemas kini melalui myASNB, kiosk ASNB atau cawangan ASNB dan ejen.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk mengemas kini nombor telefon bimbit/akaun bank di kaunter?

Dokumen yang diperlukan adalah:

1.MyKad (bagi tujuan pengesahan)
2.Dokumen tambahan untuk kemaskini salah satu atau kedua–dua perkara berikut:

Kemaskini nombor telefon bimbit
• Penyata bil Telco, ATAU
• Cetakan penyata/paparan dari aplikasi telco, ATAU
• Sebarang dokumen yang boleh diguna pakai yang mengandungi maklumat identifikasi yang sah

Kemaskini nombor akaun bank
• Penyata akaun bank, ATAU
• Cetakan laman perbankan atas talian/aplikasi perbankan, ATAU • Sebarang dokumen yang boleh diguna pakai yang mengandungi maklumat identifikasi yang sah

Pemegang unit yang telah kemaskini nombor akaun bank perlu tunggu untuk pengesahan. Berapa lamakah masa pengesahan tersebut?

Tempoh pengesahan secara sistem akan mengambil masa sehingga enam (6) hari bekerja(T+6). Sebarang transaksi yang melibatkan pemindahan unit amanah ASNB ke akaun bank tidak dapat dilaksanakan sehingga maklumat bank pemegang unit berjaya disahkan.

Bolehkah pemegang unit melakukan transaksi sekiranya nombor telefon bimbit/nombor akaun bank telah dibatalkan/belum disahkan?

Senario 1
Transaksi atas talian adalah tidak dibenarkan sekiranya nombor telefon bimbit telah dibatalkan.

Senario 2
Transaksi jualan balik atas talian adalah tidak dibenarkan sekiranya nombor akaun bank belum disahkan (status belum sah/status dalam proses pengesahan).Walau bagaimanapun, transaksi di kaunter adalah dibenarkan kecuali untuk Jualan Balik melalui pindahan bank sekiranya akaun bank masih dalam proses pengesahan.

Bolehkah pemegang unit memilih untuk tidak mengemaskini nombor telefon bimbit dan akaun bank memandangkan maklumat tersebut dikongsi bersama dengan akaun lain?

Ya, boleh. Ini bermakna urusan yang boleh dibuat pemegang unit secara atas talian akan dihadkan. Rujuk S10 untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pemegang unit akan dimaklumkan sekiranya nombor telefon bimbit atau akaun banknya dibatalkan?

Pemegang unit yang rekodnya dibatalkan akan menerima notifikasi mengikut pilihan penghantaran penyata masing-masing (emel atau surat).

Sekiranya pemegang unit merupakan pengguna myASNB, mereka tidak akan dapat memulakan sebarang transaksi melalui myASNB. myASNB akan memaparkan mesej untuk memaklumkan pemegang unit supaya mengemas kini nombor telefon bimbit atau akaun bank mereka sekiranya ingin meneruskan transaksi.

Apakah yang akan terjadi kepada akaun Bijak/Remaja (Minor) apabila pemegang unit tersebut mencecah usia 18 tahun?

Apabila berusia 18 tahun, nombor telefon bimbit dan akaun bank mereka akan dibatalkan. Pemegang unit tersebut perlu melakukan urusan kemaskini nombor telefon bimbit dan nombor akaun bank mereka sendiri.

Bolehkah pemegang unit mengemas kini nombor telefon bimbit dan akaun bank semasa dalam tempoh penangguhan urus niaga tabung unit amanah?

Ya boleh.

Pemegang unit berada di luar negara. Bagaimanakah caranya untuk mengemaskini nombor telefon bimbit dan akaun bank?

Pemegang unit boleh menghantar emel ke asnbcare@pnb.com.my untuk keterangan lanjut.

Sekiranya pihak ASNB menerima surat perintah daripada pihak mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa, apakah yang akan terjadi kepada pelaburan saya di ASNB?

Pihak ASNB akan bertindak mengikut arahan seperti yang dinyatakan dalam surat perintah mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa tersebut.

Back To Top