Hibah Amanah adalah gabungan konsep Hibah dan Amanah. Ia adalah pemberian baki pelaburan tabung unit amanah ASNB (Harta Hibah) oleh pemegang unit (Pemberi Hibah) atas dasar kasih sayang pada masa hayat Pemberi Hibah berdasarkan terma dan syarat di dalam Surat Ikatan Hibah Amanah. Tuntutan pembayaran Harta Hibah kepada Penerima Hibah dilakukan selepas kematian Pemberi Hibah.
Harta Hibah adalah tabung unit amanah ASNB yang dihibahkan oleh Pemberi Hibah pada masa hayat melalui Surat Ikatan Hibah Amanah:
Berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah dikategorikan sebagai harta persendirian seperti saham-saham syarikat. Oleh yang demikian, pewarisan unit amanah adalah tertakluk kepada undang-undang probet dan pentadbiran di mana pentadbir atau wasi yang dilantik oleh mahkamah sahaja yang boleh menuntut harta si mati. Berbeza dengan KWSP dan Tabung Haji, di mana kedua-dua organisasi ini ditubuhkan di bawah akta masing-masing yang mempunyai peruntukan khusus membenarkan penamaan dilakukan.
Tanpa kaedah alternatif dan instrumen perancangan harta pusaka seperti Hibah Amanah, proses pengagihan harta adalah rumit dan memakan masa yang panjang. Keadaan akan bertambah rumit sekiranya terdapat tuntutan bertindih dan tiada persefahaman antara waris. Melalui Hibah Amanah, ianya boleh membantu para pemegang unit merancang agihan pelaburan unit amanah kepada Penerima Hibah yang dinamakan dengan lebih cepat setelah pemegang unit meninggal dunia.
Hibah Amanah ini adalah berlandaskan hukum Syariah dan ianya boleh meliputi kesemua pelaburan di dalam tabung unit amanah ASNB. Hukum Faraidh masih menjadi tunggak pembahagian harta orang Islam. Oleh yang demikian, pemegang unit dinasihatkan untuk berlaku adil dalam membuat pembahagian Harta Hibah.
Pihak yang dilantik oleh mahkamah sebagai Penjaga Sah kepada Pemberi Hibah berhak berurusan dengan ASNB bagi pihak Pemberi Hibah.
Boleh. Pemberi Hibah perlu melantik Penjaga Sah bagi Penerima Hibah yang berumur 18 tahun ke bawah atau kurang upaya mental. Penjaga sah mestilah dari kalangan:
Permohonan boleh dibuat di seluruh cawangan ASNB dan ejen yang mengambil bahagian (bagi pendaftaran pertama sahaja)
Lengkapkan dokumen berikut dan jelaskan pembayaran yuran pendaftaran:
Ya, Ijab dan Qabul (sighah) adalah wajib. Maka perlu ada persetujuan pemberian dan penerimaan oleh kedua-dua pihak dan kedua-dua pihak mestilah menandatangani dokumen yang berkenaan.
Boleh. Bagaimanapun, baki tabung unit amanah tersebut mestilah kekal 1,000 unit ke atas sepanjang tempoh Hibah Amanah.
Boleh. Bagaimanapun, jumlah unit pelaburan tidak bercagar mestilah minimum 1,000 unit ke atas sepanjang tempoh Hibah Amanah
Tabung unit amanah yang dihibahkan boleh ditangguhkan urusniaga dan dibekukan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa, perintah mahkamah, tertakluk kepada syarat-syarat Hibah Amanah, Perintah Mahkamah, Prospektus Induk, Surat Ikatan tabung unit amanah dan KWSP.
Salah satu syarat sah Hibah Amanah adalah terdapatnya barang atau harta yang dihibahkan. Oleh yang demikian, baki minimum sebanyak 1,000 unit bagi setiap tabung unit amanah yang dihibahkan adalah perlu bagi memastikan wujudnya Harta Hibah Amanah dalam bentuk unit amanah di dalam tabung unit amanah bagi tujuan pembahagian apabila berlakunya kematian Pemberi Hibah Amanah.
Tidak boleh. Hanya tabung unit amanah ASNB sahaja yang boleh dihibahkan.
Boleh. Bagaimanapun, pindaan boleh dilakukan jika melibatkan anak kandung dan cucu kandung. Sekiranya pindaan hendak dilakukan terhadap selain anak kandung dan cucu kandung, pembatalan Surat Ikatan Hibah Amanah perlu dilakukan dan Surat Akuan Penyerahan Harta Hibah perlu disediakan dan diserahkan semasa permohonan.
Yuran Pentadbiran untuk Hibah Amanah adalah yuran yang dikenakan secara tahunan untuk urusan mentadbir dan menyimpan data dan dokumen Hibah Amanah. Yuran ini dikecualikan untuk tahun pertama pendaftaran mengikut budi bicara ASNB.
Yuran pentadbiran tahunan adalah sebanyak RM10.
Bermula 01/12/2021 yuran pentadbiran akan dicaj pada tahun kedua pendaftaran seperti berikut:
No | Senario-senario | Kaedah Caj Yuran Pentadbiran |
1 | Tabung amanah dipilih unit yang untuk yuran pentadbiran semasa pendaftaran menerima pengagihan pendapatan melebihi caj yuran pentadbiran. | Ditolak pengagihan pendapatan dari tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran semasa pendaftaran; atau |
2 | Tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran semasa pendaftaran menerima pengagihan pendapatan kurang daripada caj yuran pentadbiran. | Ditolak dari pelaburan prinsipal (pelaburan selain unit amanah yang diblok) tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran; atau |
3 | Tiada pengagihan pendapatan bagi tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran semasa pendaftaran | Ditolak dari pelaburan prinsipal (pelaburan selain unit amanah yang diblok) tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran; atau |
4 |
| Ditolak dari 1,000 unit yang dibekukan / diblok semasa Hibah Amanah didaftar. Sekiranya, penolakan dibuat dari 1,000 unit yang dibekukan / diblok, unit akan dilabur semula dari pengagihan pendapatan (jika ada) kelak. |
Tidak, kaedah ini hanya berkuatkuasa bagi pendaftaran baharu mulai 01/12/2021.
Tidak boleh. Pemberi Hibah tidak boleh menukar tabung unit amanah bagi tujuan penolakan yuran tahunan.
Sekiranya Pemberi Hibah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Penerima Hibah, maka Harta Hibah akan dibahagikan mengikut pembahagian yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Hibah Amanah dan ianya adalah menjadi hak mutlak Penerima Hibah. Sebaliknya, sekiranya Penerima Hibah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Pemberi Hibah, maka Harta Hibah tersebut akan dikembalikan kepada Pemberi Hibah.Jika Pemberi Hibah dan Penerima Hibah meninggal dunia serentak Harta Hibah akan dibayar mengikut tatacara semasa harta pusaka ASNB.
Unit berpunca daripada pembiayaan/cagaran adalah tertakluk kepada perjanjian pemegang unit dengan IPP. Unit yang masih dalam pembiayaan akan dibayar kepada IPP. Hanya baki unit pelaburan (hak milik penuh) Pemberi Hibah sahaja yang akan dibayar kepada Penerima Hibah Amanah.
Pembatalan Hibah Amanah kepada selain cucu kandung dan anak kandung hanya boleh dilakukan dengan Surat Akuan Penyerahan Harta Hibah Amanah dan disertakan dengan DPD Penerima Hibah Amanah yang disahkan.