Terma & Syarat

Pemberi


  • Pemberi Hibah Pemegang Unit warganegara Malaysia beragama Islam berumur 18 tahun ke atas.

  • Mempunyai baki unit pelaburan minimum 1,000 unit (tidak termasuk unit bercagar/ pinjaman / Skim Pelaburan Ahli KWSP).

  • 1,000 unit perlu dikekalkan sepanjang tempoh Hibah Amanah bagi semua tabung unit amanah yang terlibat.

Penerima


  • Individu

  • Terhad kepada 10 orang sahaja.

  • Penjaga yang sah perlu dilantik jika Penerima berumur di bawah 18 tahun.

Terma & Syarat Umum


  1. Dihibahkan kesemua (100%) unit milik penuh kecuali unit bercagar kepada semua Penerima Hibah yang disenaraikan.

  2. Unit yang bercagar adalah tertakluk kepada perjanjian antara Pemberi Hibah dengan Institusi Pemberi Pinjaman.

  3. Pembatalan hibah hanya boleh dilakukan jika ianya melibatkan pemberian kepada anak dan cucu kandung. Pembatalan pemberian hibah kepada selain dari anak dan cucu kandung, boleh dilakukan atas persetujuan Penerima Hibah dengan menyerahkan Surat Akaun Penyerahan Semula Harta Hibah.

  4. ASNB berhak menarik balik perjanjian Hibah Amanah sekiranya Pemberi Hibah didapati tidak melengkapkan dokumen pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan, melanggar terma dan syarat Hibah Amanah yang dipersetujui atau hilang kelayakan sebagai Pemegang Unit ASNB.
Back To Top