Pengisytiharan Amanah merupakan perlantikan beberapa orang sebagai Penerima oleh Pemegang Unit (Pemilik Harta) semasa hayatnya melalui Surat Ikatan Amanah. Pembahagian dan pembayaran dilakukan selepas kematian Pemilik Harta.
Harta Amanah adalah tabung unit amanah ASNB yang diamanahkan oleh Pemegang Unit pada masa hayat melalui Surat Ikatan Amanah:
Berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah dikategorikan sebagai harta persendirian seperti saham-saham syarikat. Pewarisan unit amanah adalah tertakluk kepada undang-undang probet dan pentadbiran di mana pentadbir atau waris yang dilantik oleh mahkamah sahaja yang boleh menuntut harta si mati.
Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Tabung Haji, kedua-dua organisasi tersebut ditubuhkan di bawah akta masing-masing yang mempunyai peruntukan khusus membenarkan 'penamaan' dilakukan.
Tanpa kaedah alternatif dan instrumen perancangan harta pusaka seperti Pengisytiharan Amanah, proses pengagihan harta adalah rumit dan memakan masa yang panjang. Keadaan akan bertambah rumit sekiranya terdapat tuntutan bertindih dan tiada persefahaman antara waris.
Pengisytiharan Amanah boleh membantu pemegang unit merancang pengagihan pelaburan unit amanah kepada waris yang dikehendaki dengan lebih cepat setelah pemegang unit meninggal dunia.
Pihak yang dilantik oleh mahkamah sebagai Penjaga Sah kepada Pemilik Harta berhak berurusan dengan ASNB bagi pihak Pemilik Harta.
Boleh. Pemilik Harta perlu melantik Penjaga Sah bagi Penerima yang berumur 18 tahun ke bawah. Penjaga sah mestilah dari kalangan:
Permohonan boleh dibuat di seluruh cawangan ASNB dan ejen terpilih (bagi pendaftaran pertama sahaja)
Lengkapkan dokumen berikut dan jelaskan pembayaran yuran pendaftaran:
Boleh. Bagaimanapun, baki tabung unit amanah tersebut mestilah kekal 1,000 unit ke atas.
Boleh. Bagaimanapun, baki tabung unit amanah tersebut mestilah kekal 1,000 unit ke atas.
Tabung unit amanah yang diamanahkan boleh ditangguhkan urus niaga atau dibekukan, sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa, tertakluk kepada syarat-syarat Pengisytiharan Amanah, perintah mahkamah, Prospektus Induk, Surat Ikatan tabung unit amanah dan KWSP.
Pemilik Harta dibenarkan melaksanakan urus niaga selepas mendaftar Pengisytiharan Amanah. Baki minimum sebanyak 1,000 unit bagi setiap tabung yang diamanahkan adalah perlu bagi memastikan masih wujudnya Harta Amanah dalam bentuk unit amanah di dalam tabung unit amanah untuk pembahagian apabila berlakunya kematian Pemilik Harta.
Tidak boleh. Hanya tabung unit amanah ASNB sahaja yang boleh diamanahkan.
Boleh, pindaan terhadap Penerima boleh dilakukan.
Setiap tabung unit amanah mestilah diamanahkan kesemua unit (100%) kepada Penerima-penerima yang disenaraikan.
Contoh: Pemilik Harta mempunyai tabung unit amanah ASN Imbang 2. Pemilik Harta mestilah mengamanahkan 100% tabung unit amanah ASN Imbang 2 tersebut kepada Penerima-penerima yang telah dinamakan, seperti berikut:
Yuran Pentadbiran untuk Pengisytiharan Amanah adalah yuran yang dikenakan secara tahunan untuk urusan mentadbir dan menyimpan data dan dokumen Pengisytiharan Amanah. Yuran ini dikecualikan untuk tahun pertama pendaftaran mengikut budi bicara ASNB.
Yuran pentadbiran tahunan adalah sebanyak RM10.
Bermula 01/12/2021 yuran pentadbiran akan dicaj pada tahun kedua pendaftaran seperti berikut:
No. | Senario | Kaedah Caj Yuran Pentadbiran |
1. | Tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran semasa pendaftaran menerima pengagihan pendapatan melebihi caj yuran pentadbiran | Ditolak dari pengagihan pendapatan tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran semasa pendaftaran; atau |
2. | Tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran semasa pendaftaran menerima pengagihan pendapatan kurang daripada caj yuran pentadbiran. | Ditolak dari pelaburan prinsipal (pelaburan selain unit amanah yang diblok) tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran; atau |
3. | Tiada pengagihan pendapatan bagi tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran semasa pendaftaran | Ditolak dari pelaburan prinsipal (pelaburan selain unit amanah yang diblok) tabung unit amanah yang dipilih untuk yuran pentadbiran; atau |
4. |
| Ditolak dari 1,000 unit yang dibekukan / diblok semasa Pengisytiharan Amanah didaftar. Sekiranya, penolakan dibuat dari 1,000 unit yang dibekukan / diblok, unit akan dilabur semula dari pengagihan pendapatan (jika ada) kelak. |
Tidak, kaedah ini hanya berkuatkuasa bagi pendaftaran baharu mulai 01/12/2021.
Tidak boleh. Pemilik Harta tidak boleh menukar tabung unit amanah bagi tujuan penolakan yuran tahunan.
Unit berpunca daripada pembiayaan/cagaran adalah tertakluk kepada perjanjian Pemilik Harta dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP). Unit yang masih dalam pembiayaan akan dibayar kepada IPP. Hanya baki unit pelaburan (hak milik penuh) Pemilik Harta sahaja yang akan dibayar kepada Penerima.