Terma & Syarat

Pemberi


  • Pemegang Unit warganegara Malaysia bukan beragama Islam berumur 18 tahun ke atas.

  • Mempunyai baki pelaburan minimum 1,000 unit (tidak termasuk unit bercagar/ pinjaman / Skim Pelaburan Ahli KWSP).

  • 1,000 unit perlu dikekalkan sepanjang tempoh Pengisytiharan Amanah bagi semua tabung unit amanah yang terlibat.

Penerima


  • Individu

  • Terhad kepada 10 orang sahaja.

  • Penjaga yang sah perlu dilantik jika Penerima berumur di bawah 18 tahun.

Terma & Syarat Umum


  1. Diamanahkan kesemua (100%) unit milik penuh kecuali unit bercagar kepada semua Penerima yang disenaraikan.

  2. Unit yang bercagar adalah tertakluk kepada perjanjian antara Pemegang Unit dengan Institusi Pemberi Pinjaman.

  3. ASNB berhak menarik balik perjanjian Pengisytiharan Amanah sekiranya Pemberi didapati tidak melengkapkan dokumen pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan, melanggar terma dan syarat Pengisytiharan Amanah yang dipersetujui atau hilang kelayakan sebagai Pemegang Unit ASNB
Back To Top