Kempen Wakaf ASNB

ASNB menyediakan platform wakaf untuk memberi peluang kepada pemegang unit membuat amal jariah melalui projek-projek wakaf yang dikenal pasti yang diuruskan oleh ASNB Wakalah.

Tawaran istimewa kepada 1,000 pewakaf pertama, nikmati yuran pendaftaran Perkhidmatan Pewarisan ASNB (Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah) secara PERCUMA.

Syarat Tawaran Kempen


Syarat kelayakan mendapat tawaran kempenTawaran Kempen
  1. Melabur sebanyak RM10,000.00 dan ke atas dalam mana-mana tabung unit Amanah ASNB; dan
  2. Membuat transaksi Wakaf ASNB dengan minimum RM1,000/1,000 unit melalui mana-mana unit amanah ASNB
Percuma yuran pendaftaran Perkhidmatan Pewarisan ASNB (Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah)

[Terhad kepada satu ribu (1,000) pertama]

Bagaimana Membuat Tuntutan Tawaran Kempen


Pemegang unit yang layak mendapat yuran pendaftaran Perkhidmatan Perwarisan ASNB secara percuma hendaklah melengkapkan pendaftaran semasa Tempoh Kempen di mana-mana cawangan ASNB dan disertakan bersama bukti transaksi Wakaf ASNB

Back To Top