ASNB Wakalah Sdn Bhd

  • ASNB Wakalah Sdn. Bhd. (AWSB) ditubuhkan pada 25 Januari 2021 adalah syarikat milik penuh ASNB. AWSB mendapat pengiktirafan sebagai Mutawalli oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengurus dan mentadbir dana wakaf unit amanah ASNB.
  • Bertanggungjawab untuk mengumpulkan unit amanah ASNB yang diwakafkan melalui perkhidmatan Wakaf ASNB
  • Melaksanakan pengagihan dana manfaat wakaf kepada pihak yang layak melalui proses saringan serta ‘usaha wajar’ dan memastikan dana wakaf ditadbir urus dengan telus dan efektif melalui usahasama bersama pihak MAIWP.
  • Menyediakan laporan dan penyata tahunan bagi memastikan ketelusan pelaporan aktiviti-aktiviti pengumpulan dan pengagihan wakaf ASNB kepada para pewakaf serta masyarakat secara amnya.

Jawatankuasa Pengagihan Bersama ASNB MAIWP (JPWB)

Jawatankuasa Pengagihan Wakaf Bersama ASNB-MAIWP adalah sebuah jawatankuasa yang dibentuk dan diwakili oleh AWSB, MAIWP dan ahli bebas yang bertanggungjawab untuk:

  1. Menasihat dan memantau tadbir urus perkhidmatan wakaf ASNB yang dikendalikan oleh AWSB
  2. Menilai dan meluluskan pemilihan projek wakaf yang dikenalpasti dan pengagihan dana manfaat wakaf.  
  3. Menasihati AWSB mengenai isu-isu hukum yang berkaitan kepatuhan Syariah, dasar, polisi, program dan urus tadbir dana wakaf. 
  4. Bertindak dan menjalankan tanggungjawab selaras dengan terma rujukan JPWB.

Lembaga Pengarah AWSB



Datuk Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin
Pengerusi
Pengerusi, ASNB Wakalah Sdn. Bhd.



Encik Muzzaffar Othman
Ahli
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, ASNB



Dr. Ahmad Basri Ibrahim
Ahli
Ketua Pengurusan Syariah, PNB

Ahli Jawatankuasa Pengagihan Bersama ASNB MAIWP (JPWB)

Pengerusi

Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin
Pengerusi, ASNB Wakalah Sdn. Bhd.

Ahli (AWSB)

Encik Muzzaffar Othman​
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, ASNB

Ahli (AWSB)

Dr. Ahmad Basri Ibrahim
Ahli Lembaga Pengarah, ASNB Wakalah Sdn. Bhd.

Ahli (MAIWP)

Encik Mohd Fauzi Abidin
Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif (Pengurusan) MAIWP

Ahli (MAIWP)

Dr. Haji Razali bin Othman
Ahli Jawatankuasa Wakaf MAIWP

Ahli (Berkecuali)

Dato’ Selamat bin Paigo
Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

Hubungi



Pusat Khidmat Pelanggan ASNB
Emel : asnbcare@pnb.com.my
Telefon : 03-7730 8899



Perhubungan Korporat
ASNB Wakalah Sdn. Bhd.
Tingkat 23, Menara PNB, 201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Emel : asnbwakalah@pnb.com.my



Pautan Berkaitan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Back To Top