Pemegang unit ASNB berumur 18 tahun dan ke atas, seorang yang waras dan tidak muflis.
Unit-unit yang dibenarkan
Unit Amanah harga tetap sahaja
Unit-unit milik penuh/mutlak sahaja. Unit yang bercagar (pembiayaan) dan yang diblok untuk Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah tidak dibenarkan.
Jumlah minimum wakaf
RM1,000.00
Jumlah maksimum wakaf
Tiada had. Pemegang unit perlu mengekalkan baki minimum pelaburan tabung berkaitan (seperti yang terkandung dalam prospektus terkini).
Had maksimum individu ASB & ASB 2
Unit yang diwakafkan daripada Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) adalah termasuk dalam jumlah had maksimum pelaburan individu bagi kedua-dua dana tersebut.
Konsep Wakaf Muabbad
Bersifat kekal di mana unit-unit yang telah diwakafkan tidak boleh dipulangkan semula, dibatalkan dan dibuat pindaan.
Apabila permohonan berjaya, unit-unit yang diwakafkan akan dipindah milik ke akaun MAIWP (yang didaftarkan di ASNB) secara serta-merta. Pewakaf tidak boleh menuntut unit-unit yang telah
diwakafkan kerana ianya tidak lagi menjadi milik pewakaf