Perkhidmatan Wakaf ASNB menyediakan kemudahan kepada para pemegang unit ASNB untuk mewakafkan sebahagian daripada pelaburan unit amanah ASNB mereka.
Pengagihan pendapatan daripada unit amanah yang diwakafkan ini akan disalurkan ke projek-projek wakaf yang dikenal pasti di seluruh Malaysia melalui ASNB Wakalah Sdn Bhd dengan kerjasama pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
ASNB Wakalah Sdn Bhd (AWSB) merupakan syarikat milik penuh ASNB yang telah mendapat pelantikan sebagai Mutawalli daripada pihak MAIWP untuk mengumpul, mengurus dan mentadbir dana wakaf unit amanah ASNB.
Wakaf ASNB terbuka untuk disertai oleh semua pemegang unit ASNB yang berumur 18 tahun dan ke atas, iaitu bagi Akaun Dewasa sahaja.
Wakaf ASNB hanya boleh dilaksanakan oleh pemegang unit sendiri menerusi akaunnya dan tidak boleh dilaksanakan bagi pihak orang lain.
Pemegang unit boleh melaksanakan ibadah wakaf menerusi tabung-tabung unit amanah ASNB melalui portal dan aplikasi myASNB atau cawangan ASNB.
Buat masa ini, pelabur masih belum boleh melaksanakan wakaf di ejen-ejen ASNB. Sebarang pertambahan saluran akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Untuk melakukan wakaf ASNB, pemegang unit harus membuat pilihan tabung unit amanah berserta amaun yang ingin diwakafkan.
Unit amanah yang diwakafkan akan menjadi prinsipal dana pelaburan wakaf yang akan sentiasa dikekalkan.
Hasil dividen pada setiap tahun kewangan berakhir daripada unit amanah yang diwakafkan akan diagihkan ke projek-projek wakaf yang akan dikenalpasti oleh Jawatankuasa Pengagihan Bersama ASNB-MAIWP (JPWB) dalam sektor pembangunan kesihatan, pendidikan, pemerkasaan komuniti dan misi kemanusiaan.
Proses pemilihan projek wakaf akan melalui saringan dan kelulusan ahli JPWB. Ini bagi memastikan sumbangan dana manfaat wakaf disalurkan kepada projek yang dapat memanfaatkan masyarakat secara amnya.
Bagi setiap urus niaga Wakaf ASNB, pelabur akan diberikan resit urus niaga melalui email yang didaftarkan di sistem ASNB. Selain itu, pelabur boleh menyemak dana wakaf mereka menerusi akaun myASNB.
Pindaan Penerima Notis juga boleh dikemas kini secara online melalui portal atau aplikasi myASNB dan di kaunter cawangan ASNB.
Pewakaf ASNB layak mendapatkan potongan cukai pendapatan, tertakluk kepada 10% daripada pendapatan agregat pewakaf bagi tahun tersebut.
Ilustrasi seperti jadual di bawah:
Transaksi tahun 2021 | Jumlah |
---|---|
Pewakaf ASNB mewakafkan daripada ASB sebanyak RM6,000. | RM6,000 |
Pendapatan agregat pewakaf daripada penggajian, sewa & lain-lain (tahun taksiran 2021) | RM50,000 |
Potongan cukai sebanyak 10% daripada pendapatan agregat (10% x RM50,000) | RM5,000 |
Tiada jumlah had maksimum wakaf yang ditetapkan.
Had minimum unit yang boleh diwakafkan bagi setiap transaksi wakaf adalah seperti berikut:
Unit Amanah | Had Minimum |
---|---|
Harga tetap | RM1,000 |
Harga berubah harga silam | |
Harga berubah harga hadapan | 1,000 unit |
Semua unit amanah ASNB dibenarkan.
Namun bagi transaksi wakaf untuk ASN Imbang 1, hanya akan bermula pada 1 Disember 2021.
Anda boleh mewakafkan kesemua unit amanah milik penuh/mutlak untuk Wakaf ASNB kecuali:
Tidak boleh.
Wakaf ASNB adalah wakaf muabbad iaitu bersifat kekal di mana unit-unit yang diwakafkan tidak boleh dipulangkan semula, dibatalkan atau dibuat pindaan.
Unit-unit yang diwakafkan akan dipindah milik ke akaun MAIWP (selaku pemegang amanah) secara serta merta.
Tiada sebarang yuran dikenakan ke atas pelabur yang ingin berwakaf dengan ASNB.
Yuran tahunan merangkumi kos pentadbiran perkhidmatan dan mutawalli yang diperlukan untuk mengurus tadbir pengurusan dana wakaf ASNB untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan efisien kepada para pemegang unit ASNB.
Yuran-yuran ini hanya akan dicaj berdasarkan hasil pengagihan pendapatan unit yang diwakafkan (Dana Manfaat) sebelum diagihkan kepada projek-projek wakaf yang diluluskan
Jumlah unit yang diwakafkan bagi ASB dan ASB 2 akan merangkumi kelayakan had pelaburan individu.
Ilustrasi seperti jadual di bawah:
Pelabur | Sebelum Wakaf | Selepas Wakaf RM30,000 | ||
---|---|---|---|---|
Jumlah Pelaburan | Baki Unit Boleh Beli | Jumlah Baki Pelaburan | Baki Unit Boleh Beli | |
Ali | RM150,000 | RM50,000 | RM120,000 | RM50,000 |
Abu | RM200,000 | RM0 | RM170,000 | RM0 |
Zakat hukumnya adalah wajib bagi umat Islam yang memenuhi syarat-syarat zakat. Penerima sumbangan zakat tertakluk kepada 8 golongan asnaf yang ditetapkan.
Manakala, hukum berwakaf adalah sunat dan tidak mempunyai syarat khusus untuk berwakaf, memadai melebihi keperluan diri sendiri dan tanggungannya. Individu bukan beragama Islam juga boleh berwakaf. Penerima sumbangan wakaf juga lebih meluas untuk tujuan pembangunan dan kemaslahatan semua lapisan masyarakat.